Maklumat penting dari pentadbiran sekolah yang perlu diketahui ibu bapa dipaparkan di sini. Untuk maklumat lain, sila ke laman web rasmi KISAS.
Advertisements
Maklumat penting dari pentadbiran sekolah yang perlu diketahui ibu bapa dipaparkan di sini. Untuk maklumat lain, sila ke laman web rasmi KISAS.
1. Diminta pihak sekolah dan guru dapat mencadangkan supaya tiada program yg dijalankan oleh pelajar tingkatan 5 atau 6 pada hari ahad setiap minggu di waktu lawatan ibu bapa dari pukul 12 – 6 ptg. Pelajar dapat membuat urusan, kerja, jadual, ulangkaji sendiri walaupun ibu bapa tidak membuat lawatan pd hari tersebut. Ini membolehkan pelajar tidak terlalu tertekan dan padat dgn aktiviti dan tugas dari hari isnin hingga sabtu.
2. Pembayaran yuran asrama makan sepatutnya dibuat berdasarkan sama rata ( tidak berkasta) atau pun jumlah gaji / bilangan tanggungan bukannya jumlah gaji tanpa melihat pada jumlah tanggungan. Ini pendapat saya kerana tiada perbezaan dari segi penyediaan makanan di asrama jika dilihat dari segi bayaran. Sila panjangkan perkara ini pada pihak kementerian jika PIBG tidak mampu berbuat sesuatu perubahan.
3. Kehilangan pakaian, seluar etc di asrama lelaki berlaku di sekolah yg berakhlak tinggi seperti kisas. Saya tak pasti kenapa, pihak berwajib sila ambil tindakan. jika ada unsur pencerobohan oleh pihak luar waktu malam, mengapa perkara ini tidak diambil tindakan. Dari cerita yg diketahui, asrama perempuan juga diceroboh oleh org luar. Sejauh mana ini benar, saya tak tahu, tapi apakah tindakan telah diambil?