Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG

KALI KE-37 SESI 2012

Tarikh              :  31 Januari 2012 (7 Rabiul Awwal 1433H)

Masa                :  11.45 tengahari

Hari                 :  Selasa

Tempat            :  Dewan Al-Muttaqiin Al-Muthaqqafin,

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

AGENDA MESYUARAT:

  1. Ucapan Yang Dipertua PIBG KISAS sesi 2011
  2. Melantik  2 orang Setiausaha  Sidang
  3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36
  4. Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2011
  5. Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2011
  6. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG KISAS sesi 2012
  7. Melantik dua orang Juru Audit
  8. Membahas Usul dan Cadangan
  9. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG KISAS Sesi 2012
  10. Ucapan Pengetua

Kehadiran       :      300 orang

Bil.

Agenda

1         

Ucapan Pengerusi Mesyuarat 1.1  Ucapan kesyukuran dan selamat datang kepada para ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG KISAS Kali 37. Beliau berharap penglibatan seperti ini dapat merapatkan hubungan ibu bapa dengan guru dan berkongsi idea untuk memastikan kecemerlangan anak-anak. Beliau juga berharap menyuarat ini dapat memberi penjelasan dan penyelesaian masalah kepada masalah antara murid, ibu bapa dan guru.

1.2  Beliau turut memberikan ucapan Tahniah dan berterima kasih kepada para guru KISAS atas kecemerlangan yang dikecapi dalam SPM dan STPM serta STAM. Beliau menjelaskan kepada ibu bapa yang hadir tentang kegigihan dan komitmen guru KISAS yang tinggi sehingga berjaya melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik, bahkan juga dalam bidang ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.

1.3  Beliau menjelaskan bahawa yuran PIBG bagi tahun 2012 hanya akan dikutip setelah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 ini.

1.4  Beliau bagi pihak Jawatankuasa PIBG 2011 berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sepanjang menjalankan tugas selama ini.

Makluman

2         

Perlantikan Setiausaha SidangMesyuarat bersetuju melantik Setiausaha Sidang seperti berikut:2.1  Pn. Misyati binti Amat Sehab

2.2  Pn. Siti Nor Suhaidah binti Azmi

Pn. Misyati dan Pn.  Siti Suhaidah

 

3         

Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36.3.1  Setiausaha Kehormat telah membentangkan minit mesyuarat tersebut dari halaman 8 hingga 18 serta memohon pengesahan dari sidang mesyuarat.3.2  En Ahmad Syukri b. Mohd Nor  mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Pn Aina Sabariah.

Makluman

4         

Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2011 4.1  Pn Norizah selaku Pen. Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2011  membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG KISAS sesi 2010 dari halaman 22-25.

4.1.1   Laporan Sekretariat PIBG

  1. Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa PIBG KISAS.
  2. Berusaha mendapatkan dana daripada badan koporat dan orang perseorangan untuk kebajikan dan kemudahan pelajar.
  3. Mengurus dan mengawal  selia program-program biro dalam PIBG.
  4. Membiayai Latihan Dalam Perkhidmatan  (LADAP) guru dan staf KISAS.
  5. Bekerjasama menjalankan Hari Mawaddah.
  6. Bekerjasama menjalankan Solat Hajat Perdana KISAS.
  7. Bekerjasama menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat KISAS.
  8. Menyelaras kutipan yuran, derma dan yuran tertunggak.
  9. Meyediakan laporan  kewangan PIBG.

      4.1.2. Laporan Biro Kecemerlangan Akademik

Program sekolah yang dirancang seperti berikut:

  1. Program UKA (Unit Kecemerlangan Akademik) Pra SPM,SPM,Pra STPM dan STPM.
  2. Program Perkongsian Ilmu untuk pelajar.
  3. Program seminar Peperiksaan SPM, STAM, dan STPM.
  4. Program pembuka Minda.
  5. Program Kelas Intensif.
  6. Program Pakej Percutian.
  7. Program Lonjakan Saujana.
  8. Program Multaqa Al-Mutafawwiqin.
  9. Majlis Anugerah Kecemerlangan.
  10. Perkampungan Ilmu STPM & STAM
  11. Program Jaulah Ilmiah (Mahkamah Syariah) 2011
  12. Sentuhan Terbilang PSI
  13. Majlis Salam Restu
  14. Perkampungan Ilmu STPM/STAM
  15. Majlis Solat Hajat
  16. Program Masteri SPM

4.1.3   Biro Kebajikan

 

  1. Sumbangan  untuk Majlis Sambutan Hari Guru.
  2. Jamuan Majlis Anugerah Kecemerlangan
  3. Sumbangan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011
  4. Sumbangan Hari Mawaddah ( VIP dan Air Mineral )
  5. Bayaran Penceramah Bengkel Prinsip Perakaunan
  6. Sumbangan Majlis Anugerah Ko-Kurikulum
  7. Sumbangan Majlis Graduasi
  8. Jamuan Hari Pendaftaran pelajar Tingkatan 4.
  9. Jamuan sempena Hari Mawaddah.
  10. Sumbangan alat tulis kepada pelajar tingkatan 5, 6 Atas dan STAM sempena Majlis Salam Restu.
  11. Jamuan untuk Majlis Solat Hajat.
  12. Membiayai blazer untuk Ketua Pelajar.
  13. Menyediakan wang saku kepada pelajar yang mengikuti Program Pengantarabangsaan.
  14. Program Pesta Buah Durian
  15. Bantuan Cermin mata – Ahmad Zuadi ( 6 Bawah STAM )
  16. Bayaran Tunggakan Yuran Majalah
  17. Bayaran Elaun Waden
  18. Mesy. Guru kali pertama 2012
  19. Menyumbang  Diari 2012 kepada staf KISAS.

4.1.4 Biro Komunikasi dan Hubungan Luar

 

  1. Bekerjasama dengan kolej bagi membina jaringan dengan institusi pendidikan luar negara  .
  2. Bekerjasama dengan kolej bagi  membina jaringan dengan sekolah dari seluruh negara.
  3. Membina hubungan dengan organisasi dan orang perseorangan yang mempunyai kaitan   dengan kolej seperti ALKIS dan bekas-bekas pelajar.
  4. Bekerjasama dengan kolej bagi memperbaharui Sijil MPC.
  5. Sumbangan lawatan SMA Manyar, Indonesia.

4.1.5 Biro Tafaqquh Fiddin(Kerohanian/ Alumi.

 

  1.  Mengurus  dan menjayakan Majlis Munajat Solat Hajat untuk calon STAM, STPM  dan SPM 2009.
  2. Bekerjasama menguruskan Pebarisan Salam Restu  Ilmu untuk calon STAM, STPM  dan SPM 2009.
  3. Bekerjasama menjayakan Majlis Makan Malam Perdana  dengan kerjasama ALKIS.
  4. Bekerjasama dengan kolej menganjurkan  Program Pemantapan Akidah.
  5. Membantu mencari sumbangan  untuk dana kebajikan dan pembangunan PIBG KISAS.
  6. Minggu Disiplin

4.1.6    Biro Dana dan Pembangunan

  1. Bekerjasama untuk mendapatkan sumbangan daripada individu  perseorangan untuk aktiviti PIBG KISAS.
  2. Berusaha untuk melengkapkan bilik khas di ASPURA dan ASPURI dengan kemudahan komputer untuk kegunaan pelajar.
  3. Membantu pihak KISAS menyediakan Kiosk Perkhidmatan Fotostat dan membantu menyediakan modal untuk aktiviti perniagaan pelajar.
  4. Menaik taraf Bilik Simulasi Matematik.
  5. Baik pulih PA Sistem Surau ASPURA& ASPURI
  6. Naik Taraf Surau ASPURA & ASPURI
  7. Membiayai Wireless di ASPURA& ASPURI
  8. Baik pulih  Rumah Waden

 

4.1.7.      Biro Ko-Kurikulum

 

  1. Membiayai Baju T untuk petugas Kejohanan Sukan Tahunan .
  2. Membiayai jamuan Hari Sukan Tahunan.
  3. Membiayai Majlis Anugerah Kokurikulum.
  4. Membiayai duit poket pemain ragbi.
  5. Perbelanjaan Kump. Nasyid MTQ
  6. Pasukan Ragbi – Terbuka UPM , High School
  7. Pertandingan Reka Cipta & Kejuruteraan SBP
  8. Bayaran Jurulatih Kriket
  9. Sumbangan Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya
  10. Kejohanan Hoki – USM
  11. Bayaran Jersi Ragbi
  12. Bayaran Pasukan Gamelan
  13. Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah dan Negeri
  14. Program ‘Jaulah Ilmiah’  Mahkamah Syariah.
  15. Kejohanan Ragbi Terbuka  UPM
  16. Kejohanan Ragbi Terbuka High School
  17. Pertandingan Rekacipta dan Kejuruteraan SBP

 

4.1.8        Biro 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan)

  1. Memberi  cadangan keluar masuk individu ke KISAS demi keselamatan.
  2. Mencantas pokok-pokok besar yang membahayakan pelajar.
  3. Menguruskan pembelian ‘haidbin’ dan sanitari di ASPURI.
  4. Membantu kolej menyediakan Bangunan Informasi dan Perkhidmatan serta peralatannya.
  5. Bekerjasama mengadakan program ‘Gotong Royong’ peringkat sekolah.
  6. Mengecat Gazebo mengikut sistem Rumah.

Tindakan : Makluman

Sesi Soal Jawab.

 

5.1  En Ahmad Syukri Md Nor memohon penjelasan tentang  program kecemerlangan akademik yang dinamakan  Pakej Percutian dan Pn. Rafidah Sulaiman (anak 402)  bertanyakan program kepada pelajar tingkatan 4 .

5.2   PK Akademik  menjelaskan tentang Kecemerlangan Akademik tentang Pakej

Percutian ialah kerja sekolah yang perlu disiapkan pada masa  cuti sekolah. Manakala

untuk  pelajar tingkatan 4 program yang dilaksanakan ialah di bawah program Pra

SPM  antaranya ialah program pendedahan terhadap skema dan teknik menjawab

peperiksaan.

Tindakan : Makluman

 

 
5 Memaklum dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG KISAS 2011 4.2      Bendahari Kehormat PIBG KISAS Sesi 2011 (Pn Rosnita bt Ismail) membentangkan laporan kewangan dari ms 26-ms 31 kepada sidang mesyuarat dengan pembetulan seperti berikut:

Jumlah Penerimaan sebanyak          RM 398,457.98

Jumlah Perbelanjaan sebanyak        RM 259,793.84

Baki sehingga 31 Disember 2011    RM 138,664.14 **

** Nota:   Akaun Tabung PIBG                                :  RM 118,224.07

Akaun Kutipan PIBG Tahun 2011           :  RM    20,440.07

Baki Kutipan PIBG bagi awal tahun 2011 sebanyak RM 20,440.07 akan digunakan untuk pembayaran berikut:

Dobi (Koperasi)         :  RM 6,840.00

SKK                           :  RM 7,200.20

Oleh itu, baki semasa bagi Akaun Kutipan PIBG tahun 2011 adalah RM 6,399.87. Jumlah sebenar kedua-dua akaun ialah RM124,623.94

4.3      Sesi Soal Jawab.

5.2.1  En. Abdullah bin Hassan  dari Kelantan(bapa pelajar Ting5) ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara berikut:

  1. Program Peningkatan Guru, bayaran elaun waden (rujuk ms 27 bil 1.2.5) sedangkan waden telah pun menerima elaun dari kementerian.
  2. Dobi – tuntutan bayaran yuran dobi (rujuk ms 30 bil 4.1.1). Adakah ini perkhidmatan dobi asrama atau sekolah?
  3. Pembangunan Kemudahan – Naik taraf Surau Aspura & Aspuri (ms 30 bil 6.1.7), baik pulih PA sistem Surau Aspura & Aspuri (ms30 bil 6.1.8) dan baik pulih bilik simulasi dan rumah warden (ms30 bil 6.1.9).  Beliau bertanya adakah peruntukan daripada Kementerian Pelajaran tidak mencukupi?
  4. Beliau juga mencadangkan perkhidmatan dobi secara layan diri.

Penjelasan daripada Bendahari Kehormat:

 

1-      Pn Rosnita menjelaskan bahawa bayaran tersebut adalah bayaran ehsan kepada warden bukan elaun warden.

2-      Perkhidmatan dobi diuruskan oleh koperasi sekolah bukan pengurusan asrama, pihak asrama hanya bertindak sebagai orang tengah mengenakan bayaran kepada pelajar dan wang tersebut diserahkan kepada koperasi sekolah.

3-      Bagi program pembangunan dan kemudahan sekolah mendapat peruntukan dari kementerian walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan contohnya sekiranya peruntukan itu untuk baik pulih surau mestilah khas untuk itu dan tidak boleh digunakan untuk baiki PA sistem surau.Kerana itulah sekolah memerlukan sumbangan Tabung PIBG.

4-      Untuk perkhidmatan dobi layan diri yang menggunakan duit syiling telah disediakan di asrama.

5.2.2    Pn. Maznah (ibu pelajar Ting 4) memohon  agar laporan kewangan PIBG

dipersembahkan dengan lebih sempurna.

5.2.3   Abdul Aziz Umar (bapa pelajar Ting 505) mencadangkan agar PIBG

mengoptimumkan penggunaan dana untuk aktiviti-aktiviti kepada pelajar. Beliau

juga mencadangkan supaya

  1.  PIBG melakukan usaha untuk menambah dana setiap

tahun seperti membuat pelaburan atau menggalakkan ibubapa membuat potongan

gaji untuk pembayaran zakat seperti Zakat Perlis yang mana 50% daripada

potongan gaji tersebut dapat disumbangkan kepada tabung PIBG.

  1.  Beliau juga bertanya tentang  pengoperasian diserahkan kepada AJK dan pentadbir. Beliau juga mengharapkan tabung jariah juga perlu dibelanjakan.
  1. Beliau memohon agar  laman sesawang PIBG  dikemaskini dan mencadangkan PIBG memberi elaun kepada  guru / orang perseorangan mengendalikan laman sesawang PIBG sepenuh masa.

Penjelasan daripada YDP PIBG:

1-      Tentang cadangan menambah dana melalui zakat, cadangan akan dipertimbangkan namun PIBG tidak bertindak sebagai amil. Beliau menyarankan ibubapa memohon sendiri pembayaran zakat melalui potongan gaji kepada Pusat Zakat Negeri (Selangor/Perlis) agar agihan 50% dapat disumbangkan kepada PIBG KISAS.

2-      Menjawab pertanyaan tentang laman sesawang PIBG KISAS, PIBG KISAS sebenarnya tiada laman sesawangnya sendiri. Namun PIBG mempunyai blog PIBG KISAS dan facebook PIBG KISAS melalui pautan ke laman sesawang rasmi KISAS @ http://kisas.org yang mana maklumat dan aktiviti sentiasa dikemaskini. Facebook PIBG KISAS diurus oleh Prof. Madya Ahmad Fauzi.

3-      Beliau juga menjelaskan sebarang perkara/urusan sulit yang ingin disampaikan kepada PIBG boleh disampaikan melalui emel PIBG dialamat pibg_kisas@gmail.com

Penjelasan daripada Pengetua:

  1. Pengetua menjelaskan bahawa sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, KISAS menerima peruntukan dari kerajaan berjumlah RM700,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan aktiviti pembangunan modal insan, dan peruntukan ini perlu digunakan sepenuhnya. Disebabkan ini baki dana Tabung PIBG berjumlah besar pada akhir tahun lepas kerana kebanyakan aktiviti sekolah yang dijalankan menggunakan peruntukan daripada kerajaan. Namun pada tahun 2012, KISAS cuma memperoleh peruntukan sebanyak RM 300,000 sahaja.
  1. Pengetua juga menjelaskan bahawa KISAS tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan daripada MAIS/ Pusat Zakat Selangor. Jika ada pun ianya adalah bantuan untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Penjelasan daripada Penolong Kanan:

 

  1. PK menjelaskan bahawa sebahagian peruntukan daripada kerajaan diagihkan kepada Biro HEM kerana tiada peruntukan khas disediakan untuk Biro HEM.

5.2.4   En Azhar dari Perlis (bapa pelajar Ting 4) bertanyakan tentang siling asrama tiada

(warna ungu, tingkat 2). Beliau juga memohon menambah bilangan kipas di asrama

untuk keselesaan anak-anak. Beliau mencadangkan agar menggunakan dana PIBG

untuk memperbaiki kemudahan asrama tersebut.

Penjelasan daripada YDP PIBG:

  1. YDP menjelaskan asrama merupakan bangunan lama yang dibina sejak tahun 1995. Usaha penambahbaikan dibuat secara berperingkat-peringkat dan berterusan tetapi mohon kepada ibu bapa tidak membandingkan KISAS dengan SBP lain yang baru.
  2. Kisas juga telah mengenalpasti masalah kekurangan kipas angin di asrama. Melalui mesyuarat semalam (30 Jan 2012) peruntukan sebanyak RM 370,000 telah disediakan untuk penambahbaikkan kemudahan asrama.

5.2.5  Dr Edy  (bapa pelajar Ting 4),

  1.  mengucapkan tahniah dan  bangga dengan budaya yang diamalkan oleh KISAS. Beliau bertanyakan tentang bajet prestasi akademik dan mencadangkan supaya  PIBG meletakkan jumlah yang besar untuk membeli buku-buku rujukan, latihan dan bahan-bahan P&P untuk kelas-kelas relief.
  2. Beliau juga menyokong agar prasarana asrama diperbaiki seperti contoh

almari tidak boleh dikunci. Beliau memohon agar PIBG mengambil tindakan

segera untuk menjamin keselamatan barang-barang pelajar. Beliau juga

menambah agar keceriaan asrama dapat dipertingkatkan agar selari dengan imej

KISAS sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Penjelasan daripada Pengetua:

  1. Beliau mengakui dari segi kemudahan asrama, KISAS tidak mencapai

piawai standard SBT kerana kekangan wang. Peruntukan yang

diperolehi daripada kerajaan tidak boleh dibawa kepada asrama kerana

ianya tiada dalam peruntukan, tindakan pentadbir akan disoal siasat oleh

juruaudit sekiranya pentadbir menggunakan dana tersebut untuk tujuan

pembaikan asrama.

  1. Beliau menyarankankan kepada ibubapa supaya mengkorporatkan kemudahan bilik/dorm anak masing-masing.

5.2.6   Pn. Nazrah Mohd Daud (ibu pelajar Ting 5)  mencadangkan:

  1. Tempat duduk diasingkan antara ibu dan bapa pada mesyuarat akan

datang.

  1. Beliau juga mencadangkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

dilakukan pada hari Ahad.

  1. Beliau bertanyakan tentang bayaran yuran Kelab Komputer. Adakah

semua pelajar dibenarkan menggunakan komputer. Beliau juga mohon

tindakan dilakukan berkaitan lorong ke asrama Aspuri yang sempit yang

mampu mengundang kemalangan.

  1. Pertanyaan juga diajukan berkaitan yuran tambahan sebanyak RM150 untuk

Program Transformasi Sekolahnbagi pelajar Tingkatan 5, mohon pertimbangan

kepada ibubapa yang  kurang berkemampuan.

Penjelasan daripada PK HEM:

  1. Ustaz Mustafa Kamal menerangkan Aspura memiliki 10 unit komputer,beberapa buah komputer juga disediakan di KSK dan Makmal Bestari. Semua pelajar boleh menggunakan komputer tersebut pada waktu-waktu  yang telah ditetapkan.
  2.  Berkenaan selekoh bahaya di Aspuri, tindakan yang diambil adalah dengan meletakkan cermin cembung di kawasan tersebut.

Penjelasan daripada  YDP PIBG:

  1. Beliau memberi jaminan cuba untuk menambah baik perjalanan mesyuarat berkaitan tempat duduk ibu bapa.
  2. Tarikh dan masa mesyuarat terpaksa diadakan serentak dengan pendaftaran tingkatan 4 kerana masalah kehadiran ibu bapa yang tidak memberangsangkan sekiranya dibuat pada hari lain.
  3.  Tindakan akan diambil dan berjanji pihak PIBG akan memperbaiki persembahan

laporan penyata kewangan.

 

5             

Perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Sesi 2012 1-      En Abd Aziz bin Omar mencadangkan AJK lama yang hadir dikekalkan. Cadangan disokong oleh Pn Aina Sabariah binti Md Isa. Manakala AJK kecil akan dipilih oleh pengetua.

 

2-      Sidang mesyuarat bersetuju memilih AJK PIBG Sesi 2012 seperti berikut:

  • Yang Dipertua : Dr Shahidan bin Shafie
  • Timbalan Yang Dipertua : Pn Maria binti Marzuki
  • Setiausaha Kehormat : Noor Fadzilah binti Md Radzi
  • Timbalan Setiausaha Kehormat : Pn. Norizah bt Bohari
  • Bendahari Kehormat : Pn. Rosnita bt Ismail
  • AJK Ibu Bapa

: Encik Mohd Syukri bin Hj Noor

: Dr Hj Edy Tonnizam bin Mohamad

 

6             

Melantik Juru AuditSidang mensyuarat bersetuju melantik 2 orang juru audit PIBG Sesi 2012 iaitu:-6.1      Pn.Noraida Salmiah binti Ahmad

6.2      En Mohd  Anis Ariffin

Tindakan: Makluman

 

7             

 Membahas Usul dan Cadangan Ahli 7.1      YDP PIBG mengumumkan usul tidak dapat dibahaskan kerana pihak yang mengusulkan tidak hadir mesyuarat .

 

8.2 Bayaran Tambahan UKA  PIBG

Mulai tahun 2012, PIBG tidak akan memungut sebarang yuran kecuali    setelah diputuskan dan dipersetujui melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Berikut adalah beberapa cadangan berkaitan yuran tambahan UKA:

 

1-      Prof Fauzi mencadangkan  yuran Unit Kecemerlangan Akademik (UKA) bagi Tingkatan 5 dinaikkan dari RM170 ke RM300, manakala yuran Tingkatan 4 dikekalkan. Cadangan disokong oleh En. Mohd Noor.

2-      En Mazlan bin Hassan mencadangkan yuran UKA bagi Tingkatan 5 dikekalkan pada RM170.

3-      Pn. Kartina Hamzah mencadangkan supaya undian dibuat untuk menentukan jumlah bayaran yuran untuk Tingkatan 5. Cadangan disokong dan diterima.

4-      Pn. Latifah memohon penerangan tentang perbezaan yuran UKA bagi pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 4.

 

Keputusan yang dicapai:

1-      Undian telah dibuat untuk menetapkan jumlah bayaran yuran PIBG bagi Tingkatan 5. 3 undian diperolehi untuk yuran kekal pada RM365 bagi pelajar lelaki dan RM375 bagi pelajar perempuan. Manakala 26 undian diperolehi untuk yuran Tingkatan 5 dinaikkan kepada jumlah RM495 pelajar lelaki dan RM505 bagi pelajar perempuan. Dengan itu, mesyuarat bersetuju agar bayaran PIBG Tingkatan 5 adalah RM495 lelaki dan RM505 perempuan.

2-      YDP menerangkan bahawa tiada perbezaan yuran UKA bagi pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 4 (RM120), ia adalah kesilapan.

3-      Yuran PIBG Tingkatan 4 adalah RM285 lelaki dan RM295 perempuan.

4-       YDP memaklumkan kepada ibu bapa yang ada kekangan/masalah untuk bayaran yuran bagi Tingkatan 5 mohon tulis surat kepada PIBG.

Tindakan: Setiausaha

8.3  Pandangan & hal-hal lain

 

1-      Pn. Kartika  (ibu pelajar Ainon Sofea Ting 404) mencadangkan warden asrama menyimpan handphone  untuk pelajar. Pengetua tidak setuju dengan tidak membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Cadangan ditolak.

2-      En. Mohd Syukri mencadangkan supaya diadakan program menghafaz Al-Quran dan setiap kegiatan pelajar direkodkan. YDP menjelaskan cadangan akan dipertimbangkan. Pengetua menyatakan kebimbangan tidak dapat menjalankan program ini akibat kekangan masa. YDP menjelaskan cadangan akan diperbincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat PIBG yang akan datang. Cadangan diterima tetapi tertakluk dengan aktiviti wajib yang telah dirancang.

Tindakan : Makluman

 

9         

Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG KISAS 2012 Tn Hj Shahidan b. Shafie mengucapkan terima kasih atas pelantikan beliau sebagai YDP PIBG 2012.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ibubapa mengekalkan barisan AJK PIBG dan berjanji segala kelemahan akan diperbaiki demi kepentingan bersama. Beliau juga berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan semua program PIBG dalam memastikan kecemerlangan KISAS.

 

 

10     

Ucapan Pengetua KISAS  Tn Hj Abdullah memberikan kata-kata aluan dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 4 yang mendaftar di KISAS pada hari ini. Beliau juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan para pelajar kerana terpilih memasuki KISAS SBT. Beliau berharap pelajar dapat meneruskan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum sepanjang berada di KISAS.

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2012 ditangguhkan pada pukul 3.30 petang, diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-’Asr.

 

Disediakan Oleh :

…………………………………                                                        ………………………………

Pn. Misyati binti Amat Sehab                                            Pn. Siti Nor Suhaidah binti Azmi

Setiausaha Sidang 1                                                               Setiausaha Sidang 2

Diperakui Oleh :                                                                      TARIKH: ……………………..

………………………….

YDP PIBG 2012

2 Responses to Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

  1. Pingback: Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 (Draf) « P I B G – K I S A S

  2. AYAH says:

    ASSLAM ….

    kenaikan UKA bg form 5 thn ni dr rm170 ke rm300.. dr 23 undi shj. yg setuju dan mampu.
    sedangkan ibubapa form 5 hampir lebih 300 org yg tidak hadir dlm PIBG….

    kenaikan lebih separuh… jadi adalah tidak adil bg pihak yg tidak hadir @ tk mampu…mgkn da ibubapa keberatan utk menyuarakan….

    … JADI PIHAK IBUBAPA YG LAIN TERPAKSA MENYEDIAKAN JUGA KENAIKAN TERSEBUT SEBAB ADA PIHAK TERTENTU TERLALU MEMENTING DIRI SEBAB TERLALU BERKEMAMPUAN..DAN MENGHARAPKAN ANAK ANAK YG TERBAIK…SEDANGKAN PERUNTUKAN KPM RM700,000 TELAH DISEDIAKAN UTK SBT

    JADI APAKAH PELAN DAN CADANGAN UTK UKA TINGKAT 5. .HARI INI DA 22HB..TOLONG BERIKAN KAMI IBUPADA YANG TIDAK MAMPU /HADIR DIBERI SATU KEPASTIAN BAHAWA RANCANGAN UKA BERJUMLAH RM300 ADALAH TERBAIK UTK ANAK2 KAMI ..KAMI MENGHARAPKAN KEPUTUSAN YG TERBAIK PADA TAHUN INI.. SPM 2012 AKAN MELAHIRKAN LEBIH SEPARUH PELAJAR KISAS MENDAPAT 11A+

    SILA NYATAKAN AGAR RANCANGAN N CADANGAN UKA ADALAH BERLAIN DARI TAHUN TAHUN LEPAS..DAN SILA NYATAKAN SETIAP RANCANGAN DIKETAHUI OLEH SEMUA IBUBAPA MENERUSI BLOG PIBG NI… SEKIAN TERIMA KASIH…

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s