Archives

Pages atau dokumen di bawah menu ini adalah dari kegunaan masa lepas dan dipapar di sini sebagai tujuan rujukan.

4 Responses to Archives

  1. mama says:

    saya berharap pihak PIBG dapat mencadangkan agar kemudahan pelajar di asrama kisas adalah setaraf dengan SBP, SPT dan sekolah contoh yang lain. Saya mendapati asrama kisas tiada menyediakan
    1. termos untuk air panas/ mesin air panas n sejuk.
    2. mesin basuh disetiap blok dan tingkat .
    3. kemudahan untuk menghubungi pelajar di waktu cuti sekolah(hari minggu) bila pihak keluarga dalam keadaan kecemasan.(telepon talian tetap di asrama).
    4.kebanyakan material di asrama seperti katil, tilam, bantal , almari dan dll adalah barangan lama yang patut ditukar dengan yang baru.
    (kekurangan ini tidak sepatut berlaku di asrama KISAS.)
    5. waktu makan tengahari pelajar terlalu lewat..

  2. i love islam says:

    bolehkah PIBG dapatkan analisis pencapaian SPM 2011 mengikut subjek until mengenal pasti punca susutan pencapaian. Seterusnya, bincang dengan pihak sekolah untuk mengatasi punca susutan. Seperkara lagi, harap PIBG boleh follow up dengan pihak berkenaan tentang ketiadaan guru fizik bagi kelas-kelas ting 4.

  3. i love islam says:

    bolehkah PIBG dapatkan analisis pencapaian SPM 2011 mengikut subjek until mengenal pasti punca susutan pencapaian. Seterusnya, bincang dengan pihak sekolah untuk mengatasi punca susutan. Seperkara lagi, harap PIBG boleh follow up dengan pihak berkenaan tentang ketiadaan guru fizik bagi kelas-kelas ting 4.

  4. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum wbr

    Saya ibubapa kepada seorang pelajar Tingkatan 4 yang mendaftar pada bulan Jan yang lalu. Sebelum ini anak saya belajar di sebuah sekolah berasrama tetapi di bawah seliaan JAIS. Saya sedia maklum yang akan ada perbezaan dari banyak aspek samada aktiviti di asrama dan sekolah. Pada awalnya saya rasa anak saya yang punya pengalaman selama 3 tahuan akan lulus ujian hidup di asrama dan akan gembira bersama-sama kawan-kawan baru dari pelusuk negeri di malaysia.

    Nyata saya silap. Anak saya seakan layu dek kerana pelbagai program yang terlalu padat dan secara tidak lansung mengganggu masa belajar dan paling ketara kurangnya masa rehat. Waktu persekolahan pada saya terlalu lama sehingga 2.50 pm ( saya diberitahu waktu persekolahan ini bermula pada tahun 2011 ) ini bermakna makan tengahari mereka sekitar 3.30 kerana medahulukan solat zuhor. Memang setakat ini tiada pelajar yang pengsan kerana kelaparan tapi mampukan pelajar-pelajar ini menumpukan perhatian sedangkan perut mereka bergendang dek kelaparan.

    Seperkara lagi waktu prep pada waktu malam habisnya agak lewat iaitu sekitar 11 malam. Pelajar ini akan sampai asrama sekitar 11.15 dan ada beberapa aktiviti yang akan mereka lakukan (maaf saya kurang pasti aktiviti yang dijalankan). Paling awal tidur mereka sekitar 12.00 mlm malah ada juga yang tidur lewat sehingga 2.00am kerana ada kerja yang belum selesai. Seawal pukul 4.30 pagi pelajar-pelajar mula bangun untuk bersiap kesekolah ini bermakna masa tidur mereka hanya 4 @ 5 jam sehari. Masa tidur seorang pelajar sekurang-kuranganya 6 hingga 8 jam.

    Anak saya pernah di tegur guru kerana tertidur di dalam kelas. Saya juga pernah melihat pelajar yang tidur sementara mengunggu kedatangan guru. Nyata mereka terlalu letih.

    Apa yang saya dengar prestasi keputusan SPM tahun 2011 juga menurun, mungkinkah ini
    disebabkan oleh pelajar tidak dapat menumpukan pelajaran di dalam kelas kerana faktor keletihan dan tertidur semasa guru mengajar?.

    Tujuan saya bukanlah untuk mempertikaikan cara pihak sekolah dan memanjakan anak tapi apa yang telah saya selidik dr sebilangan pelajar merasakan tertekan dengan keadaan ini, dimana kita tentu maklum sekiranya pelajar tertekan akan menyebabkan prestasi menurun.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s