USUL-USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS KALI KE 38 TAHUN 2013.

USUL-USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS
KALI KE 38 TAHUN 2013.
1. En Md Uslim b Hamidon ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan
wifi/internet
Penjelasan pengetua:
Pihak sekolah memang menggalakkan guru dan pelajar menggunakan internet. Walau bagaimanapun kemudahan itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kerosakan.
Tindakan: Pihak sekolah
2. Pn Hjh Raemah bt Hj.Salimin meminta penjelasan pada perkara berikut:
1. Pn. Hjh Raemah meminta penjelasan tentang makanan di kantin yang sering habis pada waktu rehat kedua
2. Beliau juga memohon langkah keselamatan diambil di asrama puteri dan mencadangkan agar pokok-pokok besar sekitar sekolah dan asrama di tebang
3. Beliau juga meminta agar telefon awam diperbaiki
4. Beliau juga memohon dikurangkan caj perkhidmatan dobi dari RM 80.00 ke RM 60.00
Penjelasan pengetua:
1. Pengetua memaklumkan bahawa terdapat guru bertugas harian atau AJK kantin yang telah dilantik oleh pihak sekolah, jika berlaku perkara sedemikian pelajar boleh memaklumkan perkara tersebut kepada guru berkenaan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.
2. Pengetua menjelaskan bahawa 2 orang pengawal keselamatan perempuan telah ditempatkan di aspuri. Di samping itu pihak sekolah telah menghubungi pihak perhilitan Selangor bagi mengatasi masalah monyet yang berkeliaran. Beliau juga memaklumkan kos untuk menebang pokok adalah sebanyak RM1500 sebatang dan pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan untuk berbuat demikian
3. Berkenaan telefon rosak, pihak sekolah tidak menerima sebarang aduan setakat ini
4. Berkenaan yuran dobi, pengetua memaklumkan memang disediakan mesin basuh di asrama dan yuran dobi baru sahaja dinaikkan.
Tindakan: Pihak sekolah
.3 En Yahya b. Ismail pula meminta penjelasan adakah yuran dobi RM80.00
termasuk dengan pakaian yang siap digosok. Beliau memaklumkan bahawa
SMKA Melaka pernah mengenakan yuran dobi dengan siap bergosok sebanyak
RM150.00 setahun
Penjelasan pengetua:
Pengetua memaklumkan bahawa perkara itu boleh dilaksanakan tetapi kos atau yuran akan meningkat. Perkara itu boleh dibincangkan di dalam mesyuarat AJK yang baru nanti.
Tindakan: AJK PIBG 2013
4 Pn Kamisah Arbain memaklumkan kepada sidang mesyuarat bahawa yuran
dobi sebanyak RM 80.00 baru sahaja bermula pada tahun 2011. Sebelum ini
yuran adalah RM 60.00. Kenaikan adalah kerana kos pengurusan bertambah
termasuklah untuk menaikkan elaun pekerja dobi yang sudah beberapa tahun
tidak mendapat kenaikan.
Tindakan: Makluman
5 Siti Khadijah Teong meminta penjelasan tentang dua perkara iaitu:
1. Program sekolah yang dikendalikan oleh pelajar dengan menggunakan tema-tema tertentu.
Menurut beliau, kadang-kadang berlaku pembaziran kerana tema yang ditetapkan bertukar
dalam masa yang singkat.
2. Beliau juga meminta penjelasan mengenai siapakah yang akan melakukan penyelenggaraan
jika peralatan elektrik rosak, contohnya seterika
Penjelasan pengetua:
1. Pihak sekolah mempunyai juruteknik untuk menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik yang rosak. Pihak sekolah telah menyediakan borang khas untuk diisi oleh pelajar dan boleh memaklumkan kepada pihak sekolah
2. Mengenai tema, pihak sekolah tidak menetapkan apa-apa tema untuk majlis sekolah. Pelajar diberi peluang untuk menyiapkan majlis mengikut kreativiti masing-masing dan kerana ini sering berlaku persaingan sihat antara pelajar untuk membuat yang terbaik
Tindakan: Pihak sekolah
6. En Norhizam B Hamzah meminta penjelasan berkenaan kebenaran membawa
pelajar balik hujung minggu samada dibenarkan pelajar balik 2 kali sebulan
Penjelasan pengetua:
Pengetua memaklumkan perkara tersebut sebenarnya bergantung kepada program sekolah yang sememangnya padat, namun jika ibu bapa ada urusan tertentu untuk membawa balik anak boleh berbincang dengan beliau terlebih dahulu
Tindakan: Pihak sekolah
7 . En. Mohd Ridzuan Abdul Malek pula memberi respon tentang penurunan
keputusan SPM, beliau meminta agar laporan analisis SPM dibuat sekurang-
kurangnya untuk 3 tahun berturut-turut bagi memudahkan ibu bapa membuat
analisa berbanding yang ada di dalam buku laporan PIBG 2012 yang ada
analisis untuk tahun 2011 sahaja. Analisis tersebut juga boleh dihantar kepada
semua ibu bapa tingkatan 5. Beliau juga menyentuh tentang ketidakhadiran
ramai AJK di dalam mesyuarat PIBG sebelum ini.
Penjelasan pengetua:
Pengetua memaklumkan bahawa sebelum ini memang terdapat pelajar yang mendapat 11A+ ,Cuma tahun 2011 tiada pelajar yang mendapat pencapaian itu. Pelajar KISAS juga mengambil 11 subjek jika dibandingkan dengan pelajar SBP lain yang hanya mengambil 9 subjek sahaja. Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya akan perkara ini
Tindakan: Pihak sekolah
8. Hj Mohd Arof Mohd Muzir bertanyakan berkenaan kebenaran outing pelajar
bagi ibu bapa pelajar yang berada di pantai timur memandangkan mereka
bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Contohnya mereka tidak dapat membawa anak
lelaki keluar jika hari tersebut hari outing pelajar perempuan
Penjelasan pengetua:
Pihak sekolah boleh memberikan kebenaran sekiranya ibu bapa berhubung dengan pihak sekolah terlebih dahulu, walau bagaimanapun pelajar tersebut tidak boleh keluar untuk dua minggu berturut-turut.
Tindakan: Pihak Sekolah dan Ibu bapa
9. En. Hashim B. Osman memberikan komen terhadap pandangan YDP berkenaan
kelas Hafazan al Quran. Beliau bersetuju bahawa ia satu cadangan yang baik
namun jika dilaksanakan ia akan membebankan pelajar yang mengambil 11
subjek. Beliau juga menyarankan agar jati diri pelajar (disiplin dan sahsiah)
ditingkatkan. Ini adalah kerana penurunan keputusan SPM sebahagiannya
adalah kerana sikap pelajar sendiri.
Tindakan: Makluman
10. En. Abd Halim Hassan mencadangkan agar pihak sekolah dapat menyenaraikan
peralatan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan dan dipamerkan di
dalam website sekolah. Ini akan memudahkan mana-mana pihak yang ingin
memberikan sumbangan yang bersesuaian.
Tindakan: Setiausaha Kehormat
11 Pn. Mariammah bt Abd Hamid meminta agar pihak sekolah memperbanyakkan
telefon awam dan membaiki telefon yang rosak
Penjelasan pengetua:
Tindakan yang sewajarnya akan diambil.
Tindakan: Pihak sekolah

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s