NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KISAS SBT KALI KE 39 TAHUN 2014

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH PETI SURAT 64 41906 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN
Alamat Blog : https://pibgkisas.wordpress.com Email : pibg.kisas@gmail.com

Bil (1) dlm.SUKPIBG/14
27 Januari 2014

Semua Ibu bapa dan guru,
Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG KALI KE-39 TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-39 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin, Kolej Islam Sultan Alam Shah.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan Aluan YDP PIBG
3.2 Ucapan Penasihat PIBG
3.3 Melantik Setiausaha Sidang
3.4 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38
3.5 Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2013.
3.6 Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2013.
3.7 Pembentangan Sumbangan Dan Bayaran Tambahan Khas PIBG Yang Perlu
Dibayar Oleh Pelajar Bagi Tahun 2014
3.8 Membentang & Membahas Usul
3.9 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2013
3.10 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG KISAS Sesi 2014.
3.11 Melantik dua orang Juru Audit
3.12 Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2014

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran jawapan kehadiran mesyuarat dan borang penyataan usul. Untuk makluman,tuan/puan boleh merujuk di laman blog pibgkisas.wordpress.com untuk meneliti usul-usul yang dibahaskan dalam mesyuarat agung yang lalu.

5. Untuk membolehkan PIBG membuat persiapan makanan & minuman dan mengelak pembaziran, tuan/puan diminta memberi jawapan kehadiran serta penyataan usul (jika ada) sebelum atau pada 5 Februari 2014. Tuan/puan boleh menghantar jawapan ini melalui pos , sms (012 6193406) atau emel pibg.kisas@gmail.com Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,
MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA PIBG KISAS 2014

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s