Eid-ul-Adha 1434 = 15 Oktober 2013

PERUTUSAN YDP PIBG SEMPENA EID-UL-ADHA Selasa 10 Zulhijjah 1434 = 15 Oktober 2013

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Eid-ul-Adha 1434H,

Ke Majlis Ibubapa/Penjaga Pelajar KISAS yang dihormati,

Syukur kepada ALLAH swt yang mengizinkan kita sekali berada pada bulan Zulhijjah yang mulia khususnya hari ‘Arafah tahun ini Isnin 9 Zulhijjah 1434 = 14 Oktober 2013.  Menurut riwayah hadith: Dan Abu Qatadah RadhiaLLAH ‘anhu berkata “RasuluLLAH sallaLLAH ‘alaiwasallam pernah ditanya mengenai puasa hari ‘Arafah, kemudian Baginda menjawab: “Puasa itu (puasa hari ‘Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim].

RasulaLLAH sallaLLAH ‘alai wasallam bersabda: Doa yang terbaik ialah doa pada hari ‘Arafah, dan yang terbaik aku dan pesuruh-pesuruh ALLAH sebelumku ucapkan: Laa ilaaha ilLALAH. Wahdahu laa syari kalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in Qadeer (Thirmdhi 3585)

Selasa 10 Zulhijjah = 15 Oktober 2013 seluruh umat Islam merayakan Eid-ul-Adha.  Pihak PIBG KISAS ingin mengucapkan “Selamat menyambut dan menghayati Eud-ul-Adha” kepada semua warga KISAS dan ibubapa/penjaga.  Sesungguhnya Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan putera baginda Nabi Ismail ‘alaihissalam menunjukkan pengorbanan yang sejati atas kepatuhan terhadap suruhan ALLAH swt.

Melalui pengorbanan semua pihak in-sya-ALLAH KISAS bersama anak-anak kita merangkul kejayaan dunia dan akhirat. Dan ingatlah, oleh kerana DUNIA INI BERSAMBUNG DENGAN AKHIRAT, maka kejayaan yang sebenar ialah terhindar kita dari api neraka dan diizinkan oleh ALLAH swt akan kita memasuki Jannatulfirdaus bersama dengan penghulu kita Nabi Muhammad sallaLLAH ‘alai wasallam.

Selamat Menyambut dan Menghayati Eid-ul-Adha 1434H

Wassalam ‘alaikum

Mohd Shukri Haji Noor, YDP PIBG KISAS

Dinukilkan Isnin 9 Zulhijjah 1434 = 14 Oktober 2013 10:59malam

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s