Penjelasan bahawa Sumbangan Untuk Tuisyen Lepas Sekolah adalah bersifat SUKARELA

Ke-Majlis Ibubapa/penjaga yang dihormati sekalian, Assalamualaikum w.b.t.

Telah timbul ke-salah-anggapan mengenai kutipan ini sehingga menjadi keberatan untuk ibubapa memberi sumbangan.

Pihak PIBG terpanggil menjelaskan bahawa SUMBANGAN TUISYEN LEPAS SEKOLAH ADALAH BERSIFAT SUKARELA.

Mungkin kerana ketika surat rayuan ini dikirimkan (melalui pelajar untuk mengelak kos setem) telah dibawa pulang oleh pelajar surat ini sekaligus bersama dengan surat-surat kutipan yang wajib (yuran asrama dan yuran pibg).  Ini membebankan ibubapa serta memberi tanggapan bahawa ia juga wajib.

Kutipan sukarela ini adalah demi untuk kecemerlangan anak-anak kita dalam SPM untuk menampung kos fotokopi dan bayaran kepada pengajar.

Setakat ini seorang AJK PIBG telah mengadakan tuisyen hari Ahad untuk Matematik Tambahan dan Fizik secara sukarela tanpa bayaran.  Iaitu pada 14/7 (dari 3:30 ptg hingga tiba maghrib) dan 21/7 (dari 10 pagi hingga 7 ptg dan bersambung 10:30 malam selepas tarawih hingga 11:30 mlm).  Tarikh akan datang: 1/9, 15/9, 13/10 dan 27/10.

Rancangan juga telah dilakukan menjemput guru tambahan (berbayar RM60/jam + duit petrol) pada hujung minggu selepas pepriksaaan percubaan (kerana sudah ada jadual sedia ada guru kisas sebelumnya).  Ini sudah tentu memerlukan dana.  Diharap ibubapa sukarela menyumbang dana.

Pihak PIBG memohon maaf atas kekeliruan yang timbul, diharap ibubapa sedia menyumbang demi kecemerlangan anak-anak kita.

Lampiran

Surat asal rayuan; maaf tidak disebut sukerala, kerana perkataan sumbangan itu sendiri adalah bersifat sukarela, tidak seperti perkataan kutipan)

Yang Dihormati Ibubaba/Penjaga Pelajar KISAS,

Tuan/Puan, Assalamu’alaikum w.b.t.,

SUMBANGAN UNTUK KELAS TUISYEN LEPAS SEKOLAH

Semoga surat ini menemui tuan/puan dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah s.w.t.  Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Seperti yang tuan/puan maklum, kutipan PIBG ialah RM495 untuk pelajar putera dan RM505 untuk pelajar puteri.  Daripada jumlah ini, RM300 diperuntukkan untuk program kecemerlangan akademik pelajar.

3.         Di samping program kecemerlangan akademik yang telah dirancang oleh pihak sekolah, pihak PIBG telah memohon agar kelas tuisyen diadakan selepas sekolah untuk empat matapelajaran yang perlu diberi perhatian khusus, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, dan Kimia.  Matapelajaran ini telah dikenalpasti sebagai penghalang kepada pencapaian gred A+ ataupun sekurang-kurangnya A-.  Program kelas tuisyen sememangnya tiada dalam peruntukan RM300 tersebut.

4.         Oleh yang demikian, pihak PIBG ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk membuat sumbangan minima bagi menampung kos bahan cetak dan elaun guru sebagai tanda penghargaan.

Sumbangan Minima Sebulan

Atau Keseluruhan Sumbangan Penggal Ke-2, 2013

Aliran Sains

RM 20 (4 matapelajaran)

RM 100 (4 matapelajaran)

Aliran Perakaunan

RM 15 (3 matapelajaran)

RM 75 (3 matapelajaran)

5.         Kami berharap tuan/puan dapat membuat sumbangan keseluruhannya iaitu RM100 (aliran Sains) atau RM75 (aliran Perakaunan) melalui guru kelas sekembalinya pelajar dari bercuti pada 10 Jun 2013 atau selewat-lewatnya pada Hari Mawaddah yang akan diadakan pada 28 Jun 2013 (juga melalui guru kelas).

6.             Semoga sumbangan tuan/puan dapat membantu anak-anak kita mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM yang bakal dihadapi.  Sumbangan tuan/puan amat dihargai dan Allah jua membalasnya.

Sekian, terima kasih.

Wassalamu’alaikum w.b.t.

(MOHD SHUKRI BIN HAJI NOOR)

Yang Dipertua PIBG KISAS SBT

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s