Rayuan Sumbangan Venue dan Kewangan bagi Program Permukiman Ilmu Tingkatan 5, 20-23 Jun 2013

Pihak KISAS dengan kerjasama PIBG merancang untuk mengadakan Program Permukiman Ilmu Tingkatan 5 pada 20-23 Jun 2013 (Khamis – Ahad) dan sedang mencari venue serta memohon sumbangan kewangan.

Ini adalah berikutan daripada pada tarikh tersebut KISAS menjadi tuan rumah bagi Program Nadwah Kepimpinan Islam SBP Peringkat Kebangsaan yang akan menyaksikan hampir keseluruhan tempat kemudahan di KISAS akan digunapakai.  Sehubungan itu, pada tempoh tersebut pelajar Tingkatan 4 dibenarkan pulang bercuti.

Untuk pelajar Tingkatan 5, pihak KISAS dan PIBG berpandangan tempoh 4 hari  berkenaan harus diisi dengan program pemantapan pembelajaran matapelajaran kritikal dan ini elok dilakukan di venue yang memberi kesegaran minda.

Dengan kekangan kewangan yang ada, dengan ini pihak PIBG dengan penuh ta’zim memohon sumbangan dari ibubapa/penjaga dalam dua bentuk:

1) Sumbangan venue program meliputi dewan kuliah dan/atau bilik kelas/seminar + tempat penginapan beberapa guru + asrama bagi 317 pelajar.   (Mungkin di kalangan ibubapa/penjaga ada yang mengendali / mengenali pengendali resort latihan / kem latihan / atau kemudahan di institut latihan / universiti).  Antara contoh ialah di Janda Baik, Pahang atau di Hulu Langat atau di Morib ataupun di USIM.

2) Sumbangan kewangan khusus untuk program ini.  Ini boleh dilakukan sama ada melalui:

(a) Cek atas nama Bendahari PIBG KISAS, atau

(b) Deposit Tunai ke Akaun PIBG KISAS bernombor 12010010011634 (Bank Islam).

Saya selaku YDP PIBG amat berharap ibubapa yang membaca rayuan ini tergerak hati untuk melakukan sesuatu sumbangan sama ada bentuk 1 atau 2 atau kedua-dua sekali demi kecemerlangan anak-anak kita dalam SPM 2013.

Sebenarnya, pihak KISAS dan PIBG perlukan respon segera dari ibubapa untuk merancang pertamanya lokasi venue yang sesuai mengambil kemudahan kira pembelajaran dan penginapan serta kos sewaan/atau infaq percuma atau diskaun.

Saya Mohd Shukri Haji Noor selaku YDP PIBG boleh dihubungi di 019-6534420 / e-mail: pibg.kisas@gmail.com atau mshajinoor@hotmail.com

Ketua Biro PIBG Kecemerlangan Pelajar Pn Siti Khadijah Teong boleh dihubungi di e-mail: skteong@yahoo.com

Terima kasih.  Jazakum-ALLAH-khairan.  Ingatlah sumbangan anda walau sekecil mana atau apa bentukpun tercatat sebagai pahala hasanah.  Semoga sumbangan tuan/puan yang memanafaatkan 317 pelajar Tingkatan 5 KISAS menjadi asbab bagi kurniaan Jannatulfirdaus dari ALLAH s.w.t.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s