Mesyuarat Pertama AJK PIBG KISAS Sesi 2013-14 telah diadakan pada Ahad 10 Mac 2013 / 27 Rabiulakhir 1434

AlhamduliLLAH dengan izin ALLAH s.w.t, Mesyuarat Pertama AJK PIBG KISAS Sesi 2013-2014 telah dilaksanakan pada petang Ahad 10 Mac 2013 / 27 Rabiulkahir 1434 di Bilik Mesyuarat KISAS.  YDP PIBG memulakan dengan mengutarakan amanah yang dipikul AJK PIBG dan menggariskan keutamaan PIBG sesi tahun 2013-14, iaitu:

  1. Membantu dan bekerjasama dengan ibubapa/penjaga dan sekolah dalam pencapaian KECEMERLANGAN AKADEMIK, KO-KURIKULUM, DAN SAHSIAH PELAJAR;
  2. Membantu dan bekerjasama dengan ibubapa/penjaga dan sekolah dalam MENJAGA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR.

Kedua-dua di atas saling berkait antara satu sama lain.

Tuan Pengetua seterusnya memberi taklimat dan penerangan menyeluruh mengenai aspirasi KISAS untuk “MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB BERTARAF DUNIA/GLOBAL” dan KAEDAH-KAEDAH serta KEPERLUAN yang perlu ada untuk mencapai aspirasi tersebut.  Antaranya, sekolah memerlukan dana untuk PEMBELIAN SEGERA PERALATAN TERKINI yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P).  Sekolah juga mengalu-alukan sumbangan kepakaran ibubapa baik dalam aspek akademik mahupun kebajikan pelajar.  Dan tidak ketinggalan jaringan penambahan dana (fundraising) untuk pembelian peralatan P&P tadi dan penambahbaikan prasarana serta kemudahan pelajar (kerana harus diingat, bangunan asal KISAS memang lama, siap dibina dua tahun sebelum Merdeka).

Ini diikuti pembentangan laporan oleh PK Akademik, PK HEM, PK Ko-kurikulum dan pembentangan Laporan Kewangan terkini oleh Bendahari Kehormat.

Perkara-perkara yang dibangkitkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 (17 Februari 2013) dibahaskan untuk tindakan lanjut.

Sekian.  Terima kasih atas sokongan anda semua.  DOAKAN KAMI AGAR DAPAT MELAKSANAKAN AMANAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN SETERUSNYA MEMPEROLEH GANJARAN HASANAH DARI ALLAH S.W.T.

Wassalam, Mohd Shukri Haji Noor (YDP PIBG), 2 pagi Ahad 2013-Mac-24 / 1434-Jamadilawal-12.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

One Response to Mesyuarat Pertama AJK PIBG KISAS Sesi 2013-14 telah diadakan pada Ahad 10 Mac 2013 / 27 Rabiulakhir 1434

  1. norakmar says:

    Tabung Sumbangan Wang Awam (TSUWA). Mohon makluman kpd AJK yg arif mengenai perkara ini. Apa yg saya faham akaun perlu diwujudkan bagi derma org awam bagi tujuan P&P yg diluluskan oleh KPM. Boleh kita explore supaya hasrat Tn Pengetua untuk KISAS mempunyai peralatan P&P yang canggih. Perspektif sy ialah dari segi derma dari org awam atau ibubapa yg boleh mendapat perlepasan cukai pendapatan. Harap dapat berikan pandangan.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s