Mesyuarat Agung PIBG KISAS ke-38

Hari ini, Ahad 17hb Februari 2013, sedang berlangsung Mesyuarat Agung PIBG ke 38, dipengerusikan oleh YDP PIBG sesi 2012, Tn Hj Shahidan Shafie.

pibgview

Usul-usul yang diterima dan dibincangkan adalah seperti di bawah. Pengetua menjawab sepintas lalu di dalam ucapan beliau majoriti usul di bawah. Usul-usul ini akan dibincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat AJK PIBG untuk tindakan selanjutnya.

No Pembawa Usul Usul Keputusan yang dibincangkan di dalam mesyuarat.
       
1. Maziah Bt Abdullah 1. Pertingkatkan keselamatan di ASPURI

i.         Tebang pokok di belakang ASPURI

ii.         TIngkatkan kawalan di waktu malam

iii.         Pasang grill pada tingkap dan dorm

2. Baikpulih keadaan di ASPURI

i.         Air kadangkala tiada di tandas

ii.         Perbaiki tandas (frame pintu dimakan anai-anai)

Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
2. Hamid Ali bin Jinnah
  1. Pembatalan Yuran dobi untuk mereka yang tidak menghantar pakaian ke dobi
  2. Tambah mesin basuh di asrama
  3. Internet di bilik computer asrama
  4. Internet di asrama
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
3. Mahmud Sarlan
  1. Mengadakan program pemulihan kepada pelajar lemah mengikut mata pelajaran
  2. Pelajar kelas peperiksaan yang terlibat dengan aktiviti koko/sukan hendaklah dihadkan penglibatannya hingga bulan April sahaja
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
4. Hj Md Jaki Bin Hj Omar
  1. Meningkatkan kemudahan sukan terutamanya padang (balapan)
  2. Menyediakan jadual latihan sukan yang teratur, jurulatih yang berwibawa
  3. Mengingkatkan nama KISAS dalam bidang kesukanan selari dengan bidang akademik
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
5. Md Uslim Bin Hamidon
  1. Jadual penggunaan bilik computer disusun semula disebabkan pertindihan dengan jadual/kelas petang pelajar
  2. Bolehkan ditambah bilangan atau diperbaiki mesin-mesin basuh yang tidak berfungsi sepenuhnya? Bilangan ada 4 tetapi 2 rosak.
  3. Bagaimana pelajar boleh memaksimakan penggunaan wifi/internet YTL?
Wifi – Tuan pengetua menjelaskan penggunaan terhad kepada urusan kerja kepada guru2. Pelajar dibenarkan guna di bawah pengawasan guru
6. Mariamah Bt Abd Wahid
  1. Memperbanyakkan telefon awam prepaid
  2. Memperbaiki mutu telefon awam yang sedia ada di sekolah
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
7. Hajjah Raemah Bt Hj Salimin
  1. Ambil langkah segera keselamatan pelajar perempuan
  2. Mohon dikurangkan caj perkhidmatan dobi dari RM80 ke RM60
  3. Mohon diperbaiki pondok telefon yang menggunakan I-Talk kerana pelajar lebih ramai
  4. Mohon lebihkan menu makanan/kuih muih pelajar waktu rehat ke-2. Makanan sering habis
  5. Pokok-pokok besae di antara bangunan sekolah dan asrama perempuan hendaklah ditebang supaya kawasan sekolah Nampak lapang dan ceria.
#4: Tuan Pengetua menerangkan ada dua tempat makan – asrama dan kantin. Untuk kantin, ada jawatankuasa. Isu seperti kuih tidak cukup perlu dimaklumkan/membuat aduan ke jawatankuasa kantin (guru bertugas) untuk membuat penilaian terhadap pengusaha kantin. Aduan perlu dibuat segera pada hari yang sama ianya berlaku supaya dapat diselesaikan dengan cepat.

 

#2: Guru in charge of dobi, Pn Kamisah memaklumkan selama ini bayaran dobi memang rm60. Diusulkan pada mesyuarat tahun 2010 untuk dinaikkan yuran ke rm80 kerana kos pengurusan dobi (sabun, elaun pekerja, etc) meningkat. Kos ini amat berpatutan. Tiada pengecualian atas alasan tidak menghantar dobi.

Yuran dobi mulai 2012 tidak dipungut melalui PIBG. Bayaran perlu dibuat terus kepada guru kelas.

8. Mohamed Hafiz B. Said Ahamed
  1. Mohon pihak KISAS dan MPK untuk meletakkan papan tanda nama sekolah di Bandar Klang atau mana-mana jalanraya bagi memudahkan perjalanan ke KISAS
  2. Mohon yuran dobi dikurangkan atau dibayar bila perlu kerana tidak semua pelajar menghantar dobi
  3. Mohon kemudahan print, scan dan fotostat diperbanyakkan
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
9. Muhammad Nazri bin Omar
  1. Mohon mengurangkan yuran dobi
  2. Mohon pertambahan bilangan telefon
  3. Membaiki semua pintu-pintu tandas sekolah dan asrama
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
10. Zohan B. Ahmad
  1. Meletakkan papan tanda zon menutup aurat di pintu utama sekolah
  2. Menambah bilangan telefon awam
  3. Memperbaiki atau menukar computer-komputer yang rosak
  4. Memperbaiki tandas sekolah dan tandas asrama
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
11. Noor Azila Bt Idris
  1. Meningkatkan taraf keselamatan pelajar waktu malam terutama pelajar perempuan. Pengawal keselamatan kerap meronda waktu tengah malam hingga pagi
  2. Pembersihan/tandas tersumbat. Pihak yang menjalankan tugas seperti cleaner harus melakukan dengan segera
  3. Pihak-pihak tertentu harus mengambil kira masalah pelajar. Contohnya aduan seperti terlalu banyak dibebankan dengan aktiviti asrama dan kerja-kerja sekolah. Masa mengulangkaji mungkin terhad.
  4. Menyediakan prasarana yang cukup di bilik dorm seperti almari baju dan lain-lain. Atau membenarkan ibubapa membekalkan almari plastic untuk simpanan pakaian yang banyak.
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
12. Asniza Mamat
  1. Lawatan sambil belajar ke Indonesia
  2. Hafazan Juzuj ke 30 diwajibkan
  3. Public speaking programme
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
13. Yahya Ismail
  1. Bolehkan perkhidmatan dobi termasuk khidmat gosok baju?

Contoh SMKA di Melaka membayar rm150 setahun dibayar dalam masa 3 kali setahun siap gosok.

Tuan Pengetua memaklumkan kita hanya ada 2 pekerja. Jika cadangan hendak diteruskan, perlu menambah pekerja dan kos alat menggosok yang komersial. Kemungkinan kos RM80 perlu dinaikkan.

 

14. Khadijah Teong
  1. pelajar diberi 2 karangan sebulan dan dibimbing teknik mengarang sepanjang tahun
  2. bahan bacaan umum seperti Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa disediakan  dengan banyak untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia.
  3. bahan bacaan umum seperti Times, Reader’s Digest disediakan dengan banyak untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
  4. warden menyemak alatan elektrik dari masa ke semasa untuk memastikan keselamatan alat dan menggantikan yang rosak dengan segera untuk kemudahan penghuni asrama.
  5. diperbanyak lampu di kawasan sekolah yang masih gelap.
  6. dipasang loceng/penggera kecemasan agar amaran boleh diberi apabila berlaku pencerobohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini.
  7. diadakan pertemuan tertutup antara pk1/pengetua dengan pelajar untuk berkongsi pengalaman / kualiti pembelajaran pelajar supaya masalah pembelajaran dapat dikesan dan diatasi.
  8. dipantau segala aktiviti yang diurus oleh pelajar agar terkawal, terutamanya dari segi kos dan penyampaian.  Pada tahun 2012, aktiviti yang diadakan melibatkan pembelian baju     yang bersesuaian dengan tema program dan menambahkan bebanan kewangan bagi yang kurang mampu/banyak tanggungan.
  9. sistem kumbahan asrama dibaiki kerana ada tandas yang sumbat.
  10. sistem paip dibaiki kerana air karat menimbulkan masalah kulit dan meninggalkan kotoran pada baju putih yang dibasuh.
  11. dianggar perbelanjaan untuk pembaikan kemudahan asas dan dibuat permohonan untuk peruntukan daripada kerajaan.

 

Pn. Khadijah meminta penjelasan berkenaan pengendalian program. Adakah setiap program perlu ada baju/uniform khas kerana ianya satu pembaziran. Bagaimana pula alat2 elektronik yang rosak seperti seterika yang tidak diganti? Apakah proses aduan/gantian dll.

 

Jawapan Tuan Pengetua:

1)   Kerosakan samada di asrama atau sekolah adalah tanggungjawab technician. Perkara sebegini sebenarnya adalah urusan pelajar yang tidak perlu melibatkan ibubapa. Aduan dari pelajar akan diproses oleh juruteknik – ambil gambar, inspection etc untuk dibawa kepada pihak bertanggungjawab. Ada kes pelajar bawa sendiri peralatan elektrik yang tidak selamat dari rumah – tidak berdaftar di bawah inventori sekolah. Maka jika rosak sekolah tidak dapat mengambil tindakan.

2)   Tema program – pihak sekolah tidak terlibat. Ianya diserahkan kepada pelajar sebagai latihan kepimpinan. Pelajar2 sendiri menetapkan tema dan barang2 yang diperlukan untuk menjayakan program tersebut. Mereka bersaing sesama Rumah. Sekolah tidak mahu membataskan kreativiti pelajar.

15. En Kamaludin SK Maidin Abdul Kadir dan Pn Rohana Talib mencadangkan:

 

  1. Pelajar-pelajar dibenarkan membawa alat elektronik terutamanya laptop atau netbook untuk tujuan pembelajaran dan pencarian maklumat. Di alaf cyber dan millennium ini pelajar amat bergantung kepada internet untuk sumber rujukan dan pencarian maklumat pantas terutama bagi pelajar-pelajar yang menganggotai pasukan debat juga pelajar-pelajar tingkatan 6.  Untuk tujuan keselamatan saya amat bersetuju dengan tindakan pihak sekolah supaya alatan tersebut didaftarkan pada guru disiplin dan disimpan oleh guru disiplin.  Cuma kaedah “penggunaan/pemulangan” perlu difikirkan.

 

  1. Pelajar-pelajar diberi kelonggaran untuk menunaikan umrah di Mekah pada jadual-jadual yang ditetapkan oleh pakej umrah. Khusus bagi pelajar tingkatan menengah atas. Dan kelonggaran diberi sekali bagi sepanjang pelajar berada di KISAS. Rasionalnya pada cuti sekolah yang panjang, rakyat Malaysia tidak mendapat visa mengerjakan umrah kerana baru selesai musim haji. Dan pada cuti sekolah yang pendek bulan 6, pakej selalunya penuh kerana ramai pengunjung Baitullah ingin pergi pada bulan Ramadhan. Mohon pertimbangan pihak sekolah untuk meringankan sedikit arahan KPM ini.
Pembawa usul tidak hadir. Usul akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK untuk tindakan selanjutnya.
16. Norhizam Hamzah Meminta pelajar balik ke rumah 2minggu sekali. Tuan pengetua memaklumkan jadual sekolah padat. Takwim sekolah sudah disediakan dari awal tahun, boleh dimuat turun di lama web sekolah.
17. Adnan bin Haji Bukhari 1)   Memohon keputusan SPM dibuat perbandingan 3 tahun dan disertakan trending tersebut di dalam laporan mesyuarat agung.

2)   Kehadiran ajk pibg yang tidak 100%. Mohon AJK tahun ini dilantik di kalangan mereka yang benar2 hendak menyumbang.

Tuan Pengetua menerangkan usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi tahun-tahun seterusnya.
18. Hj Mohd ‘Aruf (penjaga) Isu cuti umum pada sesetengah negeri tidak sama. Jika waktu outing jatuh pada hari bekerja di negeri seperti Terengganu/Kelantan, mohon ada pengecualian kepada kes sebegini. Tuan Pengetua menjelaskan kelonggaran itu boleh di beri dengan kebenaran khas, namun ingin memastikan tidak berlaku kes di mana pelajar mengambil kesempatan untuk keluar outing terlalu kerap sehingga terganggu program.
19. Hashim bin Osman
  1. Maklumbalas – Ada ibubapa mencadangkan diwajibkan hafazan juzuk 30 dan di masa yang sama perlu mengambil 11 subjek dan perlu juga mendapat 11A+, mungkin terlalu berat secara umumnya untuk semua pelajar. Tolong pertimbangkan masa dan kemampuan pelajar secara individu.
  2. Maklumbalas keputusan SPM: Dicadangkan diadakan banyak program membina jatidiri disamping akademik.
Maklumbalas direkodkan untuk perbincangan AJK
20. AJK PIBG Cadangan Sumbangan PIBG 2013 untuk dipersetujui bagi mendapatkan kelulusan JPN dan membolehkan sekolah dapat membuat kutipan. En. Abdul Halim Hassan mencadangkan sekolah senaraikan peralatan yang diperlukan supaya ibu bapa yang mahu .

Beliau mencadangkan Cadangan Sumbangan PIBG diterima, disokong oleh Puan Khadijah Teong.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s