Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38

Semua Ibu Bapa Waris dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PIBG ke-38 yang akan diadakan pada:

Tarikh   : 17hb Febuari 2013

Hari         :  Ahad

Masa       :  9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Al-Muttaqiin Al-Muthaqqafin

                       Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor.

PIBG akan memberi laporan program akademik, ko-kurikulum, k-akademik, hal kebajikan dan lain-lain, khususnya yang melibatkan sesi 2012 dan perancangan PIBG untuk 2013.

Tuan/puan boleh meletakkan usul di ruangan komen sebagai reply kepada posting ini, atau emel ke pibg.kisas@gmail.com, selain daripada usul bertulis melalui Kertas Jawapan Kehadiran yang diedarkan melalui anak-anak/pos.

*Kompilasi usul yang dihantar awal akan dimuatnaik di blog.

YDP dan barisan AJK mengharapkan tuan/puan sudi bekerjasama dengan PIBG dalam usaha mengangkat martabat KISAS sebagai model pendidikan dwi-kurikulum yang terbaik di negara ini. Ingatlah bahawa masa depan KISAS bergantung kepada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikannya. Kejayaan dan kemantapan pendidikan pula bergantung kepada kecemerlangan seluruh warga KISAS melaksanakan peranan masing-masing. Setiap kelemahan kita akan menjejaskan pelaksanaan program yang dirancang dan setiap kali pelaksanaan program ini terjejas, ia bermakna haluan generasi masa hadapan KISAS juga akan terjejas. Sesungguhnya amanah yang kita pikul ini amat berat… dan usaha kita semua dinilai bukan saja semasa kita berada di KISAS, malah selepas kita tiada lagi di sini.

“Berilmu + Beriman + Beramal = Berjaya (dunia & ukhrawi)”

 

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

One Response to Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38

  1. yahya ismail says:

    Assalamualaikum
    In syaa Allah akan hadir
    Ingin maklumat tentang perkhudmatan dobi….Berapakah bayarannya…Saya dimaklumkan yang perkhidmatan dobi di kisas tidak include gosok baju (tak berapa pasti).Alangkah baiknya jika baju sekolah /prep digosok …supaya pelajar nampak lebih segak disamping menjimatkan masa pelajar dan kos electrik asrama seperti kebanyakan smka dan sbp sedia ada…..Maaf jika maklumat yang saya dapat tidak tepat
    Yahya Ismail

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s