Mesyuarat AJK PIBG Ke-5 sedang berlangsung. 2hb Feb 2013

Live update from Bilik Mesyuarat KISAS, dengan kehadiran. Antara perkara penting yang sedang dibincangkan:

1) Mesyuarat Agung PIBG 2013 akan diadakan pada 17hb Febuari 2013. Semua ibu bapa penjaga diminta mengesahkan kehadiran untuk memudahkan perancangan pihak sekolah bagi mengelakkan pembaziran. 

2) Perancangan Akademik Sesi 2013 dibentangkan secaran ringkas oleh GPK Akademik Ustaz Mohd. Nordin. Forum bersetuju untuk menyerahkan keputusan penggunaan bajet PIBG untuk menyokong program-program akademik kepada AJK PIBG baru (yang akan dilantik di Mesyuarat Agung PIBG 2013)

3) PK HEM memaklumkan
(i) kemasukan pelajar baru Tingkatan 4, setakat ini 224 pelajar untuk intake pertama. Tahniah kerana terpilih dari ribuan yang memohon.
(ii) Surau sedang dinaiktaraf dan akan siap dalam masa cuti CNY ini.
(iii) Projek bangunan baru dan galeri sejarah KISAS akan bermula pada Jun 2013 jika semua proses berjalan lancar.

4) PK Koku memaklumkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung dan mengucapkan terima kasih kepada PIBG atas segala sumbangan yang membolehkan banyak program Koku dijayakan. 

5) Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat kali ke-4.

6) Program Zakathon diteruskan. AJK akan mengagihkan flowchart ketika mesyuarat agung bagi  memudahkan ibubapa memahami dan mengambil bahagian.

7) Pembentangan Kewangan PIBG oleh Bendahari

8) Perkara-perkara berbangkit, terutamanya persediaan mesyuarat agung.

AJK Sesi 2012 terutama ibu bapa pelajar SPM 2012 amat mengalu-alukan ibu bapa terutama bagi pelajar Tingkatan 4 2013 untuk hadir dan menyumbang tenaga bagi menggerakkan PIBG demi kebahagian dan kejayaan anak-anak kita bersama.

Salam Ukhuwwah🙂

Naib YDP selaku Admin Blog.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s