Usul PIBG 2012

Assalamualaikum ibu bapa/waris yang dirahmati Allah sekelian,

Berikut adalah usul-usul yang diterima dari ibubapa/waris melalui pelajar pada 29/1/2012, dan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG pada hari yang sama. Hasil perbincangan dimuatkan di bawah pada ruangan “Komen PIBG”. Usul yang diterima selepas 29/1/2012 akan disertakan kemudian setelah dibincangkan di mesyuarat ajk akan datang. Harap Maklum.

Bil Pencadang Usul Komen PIBG
1. Haji Bon Wissa Bin M.A.Kadir 1. Menyediakan satu sistem penyelenggaraan yang bersistematik dan berkala untuk tapisan air minuman untuk pelajar aspura dan aspuri.

2. Menambah bilangan mesin tapisan air minuman lebih dari satu. Pelajar terpaksa beratur dan menunggu lama untuk mendapat bekalan air minuman.

Sekolah telah menerima bajet dari KPM sebanyak RM10ribu. Pihak sekolah sedang mengusahakan membeli tambahan 4 mesin penapis air, 2 akan diletak di aspura dan 2 di aspuri menjadikan jumlah penapis air 3 di aspura dan 3 di aspuri.
2. Norjannah Abd Rashid

6 Jalan Indah 1/28, Taman Universiti Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

1. Tingkatkan prasarana sekolah Usul ini agak umum. Sekolah sememangnya menaik taraf sekolah setiap tahun mengikut jumlah bajet yang diterima dari KPM setiap tahun.
3. Md. Nor Maarof

26, Kg Mentaus, 72400 Simpang Durian,

Negeri Sembilan

1. Adakan kelas intensif kepada para pelajar (kelas tambahan). Kelas tambahan berjalan setiap tahun, diberi oleh guru subjek atau jemputan luar guru pakar. Kelas lebih intensif kepada pelajar Ting. 5 yang menduduki SPM.
4. Che Rosli Bin Ahmad 1. Mohon dipertingkatkan kemudahan bekalan air di asrama puteri yang kerap terganggu (bekalan air tiada secara tiba-tiba) semasa pelajar puteri menggunakan tandas/bilik mandi, penggunaan kolah pula, adakah benar-benar memberi keselesaan kepada penggunanya? Bekalan air putus disebabkan bekalan air dari paip besar di luar terputus yang juga melibatkan kawasan-kawasan sekeliling sekolah (tekanan rendah).

PIBG bersetuju untuk  memasang tangki air tambahan di asrama. Pihak sekolah akan mendapatkan sebutharga.

 

 

 

 

 

 

2. Memikirkan penggunaan telefon bimbit yg sangat asas (tanpa kamera dan internet) hanya untuk membuat panggilan dan menghantar mesej sahaja boleh dipertimbangkan walaupun ada pekeliling KPM melarang penggunaan alat telekomunikasi tersebut (kemudahan pelajar/ibubapa). Pekeliling KPM adalah muktamad dan pihak sekolah wajib menurut perintah.
5. Muhamad Khalil Bin Ahmad

 

1. Mohon ditambah bilangan kipas di asrama Sedang diusahakan oleh pihak sekolah bersama PIBG
6. Nur Aina Sabariah Md Isa

No 7, Lorong Kita Raja 1c, 41000 Klang

1. Mengadakan papan tunjuk arah ke KISAS dari semua arah. Akan diusahakan oleh pihak sekolah bersama PIBG
7. Mohd Nor B Abdullah 1. Mencadangkan supaya semua pelajar KISAS diberi biasiswa samada di bawah Yayasan Selangor atau mana-mana badan korproat yang terkemuka di Malaysia. Usul ini adalah diluar bidang kuasa sekolah
    2. Mencadangkan agar makanan bermasak di asrama putera dan puteri tidaklah tertakluk kepada masakan ayam semata-mata. Kelonggaran perlu diberi kepada pelajar yang alahan atau alergik dengan ayam. Pelajar diminta akur dengan menu yang disediakan. Sebarang masalah kesihatan yang kritikal perlu dibincang dengan pihak sekolah secara terbuka dan bertulis.
8. Khairul Azam Bin Ahmad

No 9 Laluan Meru Indah C6, Gerbang Meru Indah, 30020 Ipoh, Perak

1. Menambah baik keadaan dan keperluan asas di Asrama Putera.

– Bilik air tidak sempurna di mana terdapat bilik air tidak boleh digunakan

– Menyediakan kemudahan Pot Air Panas disetiap tingkat/blok

– Menambah unit mesin basuh agar mencukupi dengan keperluan pelajar.

 

2. Program Kecemerlangan untuk subjek kritikal diperbanyakkan

Pihak sekolah sudah menangani sebahagian isu ini dan dalam proses menyelesaikan mengikut peruntukan.

 

 

 

 

 

 

Sudah dirancangkan.

9. En Mohammad Asrul Mingon

Lot1905 Jalan Ros, Kg Sijangkang 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor

1. Menyediakan cermin pantulan dilaluan ke aspuri kerana pelawat yg dating tidak nampak kenderaan yang keluar dan masuk di laluan tersebut

2. Diharap pihak sekolah segera membaiki kebocoran paip bersebelahan gymnasium sekolah.

 

Pihak PIBG bersetuju untuk menyediakan cermin kerana memang didapati merbahaya.

 

Sudah maklum ke KPM, menunggu peruntukan sampai.

10. Suhaime Bin Ali

No 23, Taman Mahsuri, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

1. Disarankan penggunaan penapis air bagi menjaga kesihatan pelajar.

 

2. Menyediakan sos & kicap di dewan makan

Rujuk komen Usul #1

 

 

Sudah disediakan tetapi mungkin tidak cukup untuk semua pelajar.

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi mana-mana AJK PIBG atau email ke pibg.kisas. Syukran atas keprihatinan🙂

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s