MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-36

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG

 

Tarikh: 26 Mac 2011

Hari     : Sabtu

Masa    : 9.00 pagi – 2.20 petang

Tempat: Dewan Besar

BIL

AGENDA

 

1

 

Ucapan Pengerusi Mesyuarat

1.1  Ucapan kesyukuran dan selamat datang kepada para ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG KISAS Kali ke-36.

1.2  Beliau juga mengalu-alukan ibu bapa yang hadir dan berterima kasih atas kehadiran mereka yang member komitmen dalam membantu pihak PIBG  menjayakan program-program yang dirancang.

1.3  Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan KISAS dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2010. Beliau berharap agar para guru dapat meneruskan usaha agar meraih kecemerlangan yang lebih terbilang untuk tahun seterusnya.

Tindakan: Makluman

 

2

 

Melantik Setiausaha Sidang

 

2.1 Mesyuarat bersetuju melantik Pn. Noor Fadzilah bt. Md. Radzi dan Pn. Jamaliah bt Md Shariff sebagai Setiausaha Sidang.

Tindakan: Pn. Noor Fadzilah, Pn. Jamaliah

 

 

3

 

Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-35

 

3.1 Setiausaha Kehormat telah membentangkan minit mesyuarat dari halaman 9- 15 serta memohon pengesahan dari sidang mesyuarat. Beliau turut meminta maaf jika terdapat kesilapan dalam minit mesyuarat tersebut.

3.2 Pn. Norhayati bt. Said mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Rohazila bt. Mohd Zahidi.

                                                                                      Tindakan: Makluman

 

4

 

Perkara-perkara berbangkit.

4.1 Tiada perkara berbangkit.

                                                                                  Tindakan: Makluman

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8

 

 

 

9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2011

5.1 En. Wan Ab Rahim selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2010 membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG KISAS sesi 2010 dari halaman 19-21.

 

      5.1.1 Laporan Sekretariat PIBG

               1. Mengurus mesyuarat jawatankuasa PIBG KISAS.

               2. Berusaha mendapatkan dana daripada badan korporat dan orang       

                   perseorangan untuk kebajikan dan kemudahan pelajar.

               3. Mengurus dan mengawal selia program-program biro dalam PIBG.

               4. Membiayai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) guru dan staf KISAS.

               5. Bekerjasama menjayakan Hari Mawaddah.

               6. Bekerjasama menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat KISAS.

               7. Menyelaras kutipan yuran, derma dan yuran tertunggak.

               8. Menyediakan laporan kewangan PIBG.

 

Tindakan: Makluman

                                                                                                                                                                                         

  5.1.2  Laporan Biro Kecemerlangan Akademik

                  1. Program UKA (Unit Kecemerlangan Akademik) Pra SPM, SPM,

                     Pra STPM dan STPM.

                 2. Program Perkongsian Ilmu untuk pelajar.

       3. Program Seminar Peperiksaan SPM, STAM dan STPM.

       4. Program Pembuka Minda.

       5. Program Kelas Intensif.

       6. Program Pakej Percutian.

       7. Program Lonjatan Saujana.

       8. Program Multaqo Al-Mutafawwiqin.

       9. Majlis Anugerah Kecemerlangan.

Tindakan: Makluman

   5.1.3 Laporan Biro Kebajikan

                   1.  Sumbangan untuk Majlis Sambutan Hari Guru.

         2.   Jamuan pendaftaran pelajar Tingkatan 4.

         3.   Jamuan sempena Hari Mawaddah.

         4.   Sumbangan alat tulis kepada pelajar tingkatan 5, 6 atas dan STAM

                         sempena Majlis Salam Restu.

         5.   Jamuan untuk Majlis Solat Hajat.

         6.   Menganjurkan “Pesta Makan Buah-buahan Tempatan” untuk warga   

               KISAS.

         7.   Memperuntukkan saguhati kepada guru yang menghantar pelajar ke   

               hospital di luar waktu pejabat / menggunakan kenderaan sendiri.

         8.   Membiayai perbelanjaan rawatan pelajar di klinik.

         9.   Menyediakan surat khabar Asrama Putera dan Puteri.

        10. Membiayai blazer untuk Ketua Pelajar.

        11. Menyediakan wang saku kepada pelajar yang mengikuti Program

              Pengantarabangsaan.

                                                                                Tindakan: Makluman  

 

   

   5.1.4 Laporan Biro Komunikasi dan Hubungan Luar

             1. Bekerjasama dengan kolej bagi membina jaringan dengan institusi

                 pendidikan luar negara seperti Indonesia dan Syria.

2. Bekerjasama dengan kolej bagi membina jaringan dengan sekolah

    dari seluruh negara.

3. Membina hubungan dengan organisasi dan orang perseorangan yang

    mempunyai kaitan dengan kolej seperti ALKIS dan bekas-bekas pelajar.

4. Bekerjasama dengan kolej bagi memperbaharui Sijil MPC.          

 

Tindakan: Makluman

 

5.1.5        Laporan Biro Tafaqquh Fiddin (Kerohanian)/Alumni

  1. Mengurus dan menjayakan Majlis Munajat Solat Hajat untuk calon

STAM, STPM &  SPM 2009.

  1. Bekerjasama menguruskan Perbarisan Salam Restu Ilmu untuk

calon STAM, STPM dan SPM  2009.

  1. Bekerjasama menjayakan Majlis Makan Malam Perdana dengan

kerjasama ALKIS.

  1. Bekerjasama dengan kolej menganjurkan Program Pemantapan Akidah.
  2. Membantu mencari sumbangan untuk dana Kebajikan dan

pembangunan PIBG KISAS.

 

Tindakan: Makluman

 

5.1.6        Laporan Biro Dana dan Pembangunan

  1. Bekerjasama untuk mendapatkan sumbangan daripada individu

perseorangan untuk aktiviti PIBG KISAS.

  1. Berusaha untuk melengkapkan bilik khas di ASPURA dan ASPURI

      dengan kemudahan komputer untuk kegunaan pelajar.

  1. Membantu pihak KISAS menlengkapkan penghawa dingin di Dewan Besar.
  2. Membantu pihak KISAS menyediakan Kiosk Perkhidmatan Fotostat dan

membantu menyediakan modal untuk aktiviti perniagaan pelajar.

 

Tindakan: Makluman

 

    5.1.7      Laporan Biro Kokurikulum   

                1. Membiayai yuran penyertaan Ko-Akademik Pengajian Daerah Klang.

                2. Membiayai yuran penyertaan Olimpiad Matmatik Kebangsaan

                3. Membiayai yuran penyertaan Kejohanan Tae-Kwon-Do MSSD          

                4. Membiayai yuran penyertaan Perkhemahan PPIM.

                5. Memberi duit poket kepada pelajar yang mewakili daerah atau negeri

                    seperti Pertandingan Forum (KISAS Wakil Selangor).

  1. Membiayai Baju T untuk petugas Kejohanan Sukan Tahunan.
  2. Membiayai Jamuan Hari Sukan Tahunan                                                
  3. Membiayai Majlis Anugerah Kokurikulum                              
  4. Membiayai duit poket pemain ragbi.

 

Tindakan: Makluman

 

5.1.8   Laporan Biro 3K ( Kebersihan, Kesihatan, dan keselamatan)

             1. Memberi cadangan keluar masuk individu ke KISAS demi keselamatan.

             2. Mencantas pokok-pokok besar yang membahayakan pelajar.

             3. Menguruskan pembelian ‘haidbin’ dan sanitasi di Aspuri.

             4. Membantu kolej menyediakan Bangunan Informasi dan Perkhidmatan serta               

                 peralatannya.

             5.Membantu kolej menyediakan skirting meja di kantin.

 

                                                                                                          Tindakan: Makluman

 

5.2           Sesi Soal Jawab

 

5.2.1  En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor meyokong pendapat Pengetua bahawa   

              sumbangan kewangan daripada ibu bapa amat penting dalam membantu

              meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar KISAS.

             

Beliau ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara berikut:

 

  1. Berapakah peruntukan untuk setahun daripada pihak kementerian kepada KISAS sebagai sebuah sekolah SBT.
  2. Adakah baki wang PIBG di bank (RM 145,577.17) dan baki tunai

     di tangan (RM 499.89) akan di bawa kehadapan untuk program-program di   

     bawah PIBG.

 

YDP PIBG menjelaskan bahawa:

 

  1. Baki wang di bank dan baki tunai di tangan akan dibawa ke hadapan sebagai satu jaminan sumber kewangan adalah mencukupi dalam menjayakan program-program PIBG.
  2. Sumbangan PIBG yang dikutip adalah digunakan untuk program yang dirancang  tahun semasa.

 

 5.2.2      En. Shahidan b. Shafie memberikan saranan untuk menyelesaikan isu

               Pelajar yang tidak mampu membayar yuran.

 Saranan beliau adalah seperti berikut:

 

  1. Mengemaskini bilangan pelajar yang tidak mampu dan selidiki latar   

belakang keluarga mereka.

  1.  PIBG dicadangkan membuat sumbangan zakat kepada Majlis Agama Islam   

seperti MAIP di Perlis sebagai sumber untuk menjana dana.Separuh daripada sumbangan tersebut akan disalurkan semula kepada PIBG dan boleh digunakan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Kaedah ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pembayaran cukai pendapatan kepada pihak LHDN.

  1. PIBG juga boleh mendapatkan sumbangan zakat ASNAF.

 

                  Pengetua memberikan maklum balas:

1. Sumbangan zakat mungkin agak sukar dilaksanakan kerana zakat adalah hak

    individu dan pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan semua

    ibu bapa membuat sumbangan zakat.

2. Pelajar KISAS yang kurang berkemampuan ada menerima sumbangan zakat  

    seperti tahun lepas (2010), 20 orang pelajar menerima sumbangan.

 

5.2.3  En.Mohd Khairudin b. Awang bersetuju dengan Pengetua bahawa peruntukan   

          SBT daripada pihak kementerian sebenarnya tidak mencukupi untuk   

          melaksanakan semua program PIBG dan terpaksa mencari dana lain untuk

          menampung kekurangan kewangan.

 

           Beliau membangkitkan perkara di bawah:

 

           1. Adakah blazer ketua pelajar menjadi hak milik sekolah atau pelajar tersebut.

           2. Adakah perkhidmatan di kiosk fotostat disediakan secara percuma atau  

               berbayar dan adakah modal yang diberikan PIBG berbentuk pinjaman atau  

               sumbangan.

            Pengetua menjelaskan perkara di atas:

 

  1. Kriteria pemilihan ketua pelajar adalah ketat. Pelajar mesti menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan mendapat sekurang-kurangnya 3A5B dalam peperiksaan.
  2. Oleh itu, blazer ketua pelajar adalah menjadi hak milik pelajar tersebut

sebagai satu bentuk hadiah dan dorongan kepada mereka.

  1. Penolong Kanan juga menambah bahawa harga blazer yang sebenar adalah RM100, namun begitu pelajar diminta untuk membayar RM50 sebagai tambahan untuk mendapatkan blazer yang lebih berkualiti.

 

YDP PIBG turut menjelaskan perkara di atas:

 

1. Perkhidmatan fotostat adalah berbayar untuk menjana pendapatan dan PIBG   

    mengamalkan konsep mudarabah.

2. PIBG berfungsi sebagai pemodal dan pelajar sebagai pengusaha dan   

    keuntungan dikongsi  bersama.

 

5.2.4   En. Mohd Fauzi b. Yusof merakamkan penghargaan kepada para guru yang   

              bertungkus lumus meningkatkan kecemerlangan prestasi KISAS.

          

            Beliau menegur perkara berikut:

  1. Sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 4 yang agak kelam kabut dan kurang lancar.
  2. Beliau juga mencadangkan agar disertakan satu senarai bayaran yang perlu dijelaskan oleh ibu bapa pada hari pendaftaran bersama-sama dengan  surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 yang dikeluarkan. Ini dapat mengelakkan sikap ibu bapa yang lewat dan culas dalam membayar yuran.
  3. Beliau turut menyarankan agar pihak sekolah bersikap lebih tegas terhadap ibu bapa dalam mengutip bayaran yuran.

                   

                  Pengetua menjelaskan perkara di atas:

  1. Pada hari pendaftaran biasanya tiada kedengaran rungutan daripada ibu bapa yang menyatakan ketidakmampuan membayar yuran. Namun begitu, pada pertengahan tahun terdapat ibu bapa yang liat dalam pembayaran yuran.
  2. Pihak sekolah turut memahami masalah ibu bapa dan menerima pembayaran sebanyak dua kali setahun untuk mengurangkan beban ibu bapa.

 

5.2.5      En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor agak tersentuh dengan pandangan En. Mohd    

   Fauzi b. Yusof. Bagi beliau tindakan ini agak kurang adil untuk golongan  

   yang berpendapatan rendah. Beliau turut menyarankan agar KISAS

   mengimbas kembali matlamat asal penubuhan SBP iatu untuk membantu

   pelajar-pelajar yang cemerlang akdemik dari kalangan golongan yang     

   berpendapatan rendah.

 

 Beliau turut membangkitkan isu di bawah:

 

             1. Penggunaan wang peruntukan sekolah kluster sebanyak RM500,000 yang   

                 diterima sejak tahun 2007.

             2. Penggunaan wang peruntukan SBT sebanyak RM700,00 yang diterima pada   

                 tahun 2010.

                 

                  Pengetua menjelaskan perkara tersebut:

  1. Peruntukan sekolah kluster yang diterima dari tahun 2007 hingga 2009 digunakan untuk program kebitaraan sekolah seperti program PESILAT dan program peningkatan akademik.
  2. Peruntukan sekolah kluster dihabiskan untuk program pada tahun semasa.
    1. KISAS mendapat taraf SBT pada tahun 2010 dan mendapat peruntukan sebanyak RM 700,000 maka peruntukan sekolah kluster telah dihentikan.
    2. Peruntukan RM 700, 000 itu digunakan

40%    -   program pembangunan insan/ akademik

30%    -   program jalinan dan jaringan peringkat negeri dan antarabangsa

30%    -   harta modal.

  1. Kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah peruntukan SBT lambat diterima (tahun lepas diterima pada bulan Jun) dan banyak program yang dirancang pada awal tahun dilaksanakan terlebih dahulu dengan menggunakan sumbangan PIBG.
  2. Peruntukan SBT yang diterima juga terikat dengan prosedur perbelanjaan di bawah KPM. KISAS telah memohon kelonggaran untuk pihak sekolah menentukan sendiri keperluan utama perbelanjaan dan saranan ini telah diterima oleh pihak kementerian.

 

 

 

 

 

 

5.2.6    En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor berterima kasih atas jawapan positif dari   

 Pengetua dan merakamkan penghargaan kepada para guru yang cemerlang  

                dalam mendidik pelajar-pelajar KISAS mencapai kejayaan.

Beliau seterusnya membangkitkan isu berikut:

 

  1. Penggunaan bahasa Inggeris yang masih kurang mantap dalam kalangan pelajar KISAS.
  2. Keupayaan pelajar KISAS untuk bersaing dengan pelajar lain dalam mendapatkan biasiswa dan peluang belajar di luar negara.
  3. Kebanyakan pelajar KISAS hanya tertumpu kepada tawaran belajar dari negara Timur Barat seperti Mesir.

 

                 Pengetua menjelaskan perkara di atas:

  1. Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar 

       KISAS dan mensasarkan gred purata 0.20 untuk SPM 2011 dan gred

       purata 0.00 untuk SPM 2012.

  1. Pelajar-pelajar KISAS turut medapat perhatian daripada penaja seperti  

     Bank Negara, JPA dan Petronas. Pelajar KISAS juga mendapat tawaran 

     belajar sebelum keputusan SPM diumumkan.

  1. Pelajar KISAS sentiasa cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dan

       sering mendapat anugerah seperti dalam program PLKN.

  1. Pelajar-pelajar KISAS turut mendapat tawaran belajar di universiti lain

     dan tidak tertumpu pada sebuah universiti tertentu sahaja.

 

5.2.7       Pn. Maria bt. Marzuki membangkitkan perkara berikut:

 

  1. Keberkesanan program kecemerlangan akademik yang dijalankan.
  2. Objektif program-program tertentu yang dijalankan dan apakah kekangan yang dihadapi pihak sekolah yang memerlukan bantuan dan sokongan ibu bapa.
  3. Peranan biro komunikasi dan hubungan luar di bawah PIBG.
  4. Penggunaan komputer di asrama pelajar.
  5. Laman web rasmi KISAS yang tidak dapat diakses dan blog PIBG yang tidak dikemaskini.

 

 Pengetua menjelaskan perkara berkenaan:

  1. Setiap program yang dijalankan harus melalui kertas kerja yang telah diluluskan.                                   
  2.  Setiap program mempunyai objektif dan matlamat yang hendak dicapai.
  3. Ibu bapa dijemput hadir menyertai program yang dijalankan agar dapat lebih memahami kehendak dan matlamat program tersebut.
  4. Untuk program antarabangsa terdapat guru yang ditugaskan untuk memantau dan menyelia program tersebut.

 

 

Penolong Kanan turut menjelaskan perkara berkenaan:

  1. KISAS mempunyai sistem rumah yang merangkumi 4 aspek dan  pelajar akan diberikan  markah berdasarkan aspek:

 

Akademik:

-Pelajar-pelajar KISAS perlu cemerlang dalam akademik.

- Program SKK dilaksanakan setiap hari Sabtu.

- Program peningkatan bahasa Arab STAM setiap hari Sabtu.

 

Sahsiah:

-  Matlamat KISAS adalah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang di  

   semua peringkat.

-  Sesi tazkirah diadakan setiap minggu.

- Ibu bapa dijemput untuk menghadiri sesi tazkirah.

 

Kokurikulum:

-  Pelajar mesti mendapat A untuk memenuhi keperluan 10% syarat

   kemasukan ke universiti dan syarat mendapatkan biasiswa.

 

3K:

-  KISAS sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang  

                        kondusif  untuk para pelajar.

 

Pengetua turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan kepakaran seperti golongan profesional untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. Bekas pelajar KISAS juga sering datang  membantu KISAS semasa cuti semester.

 

         Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan Sesi 2009

 

6.1  Setiausaha Kehormat PIBG menyatakan Bendahari Kehormat telah bertukar sekolah dan beliau membentangkan Laporan Kewangan kepada sidang mesyuarat

6.2  En. Jasman b. Mohd Barum mencadangkan Laporan kewangan disahkan dan disokong oleh Pn. Norhashimah bt. Selamat.

 

                                                                                                         Tindakan: Makluman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membahas usul dan cadangan daripada ahli

  1. Mengubahsuai jadual waktu hari persekolahan bagi memberi sedikit keselesaan kepada pelajar.
  2. Cadanagn dibuat untuk waktu persekolahan dilewatkan sehingga pukul 8.00 pagi manakala waktu makan tengahari diawalkan dari pukul 2.40 petang ke pukul 1.30 tengahari.
  3. Waktu kelas persediaan petang pula dicadangkan dimansuhkan.
  4. Cadangan agar minit mesyuarat AJK PIBG diedarkan kepada semua ahli untuk memberi gambaran jelas tentang usaha-usaha PIBG dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar dan keberkesanan sesuatu program.
  5. KISAS menubuhkan Kelab Debat dan Pidato Khas sebagai persiapan pelapis pasukan sekolah.
  6. Laman web PIBG ditukar kepada blog sebagai satu medium perbincangan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
  7. Memperuntukkan 10% kuota kemasukan ke Tingkatan 4 bagi anak-anak bekas pelajar KIM, KIK dan KISAS.
  8. Memantapkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
  9. Memperkasakan aliran ‘Agama-Perakaunan’ di KISAS.
  10. En. Mohd Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar kesemua usul yang diubahaskan diterima oleh PIBG memandangkan ia merupakan usul daripada ibu bapa sendiri.

 

Pengetua menjelaskan perkara di atas:

 

  1. Jadual waktu persekolahan adalah terikat dengan piawaian SKPM kementerian dan pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang perubahan.
  2. Pengubahsuaian  jadual persekolahan yang dicadangkan tidak selari dengan ketetapan SKPM pihak kementerian.
  3. Peruntukan kuota 10% anak-anak bekas pelajar memang sedia ada dan surat tawaran dikeluarkan oleh pihak SBP. Pengetua turut menyarankan agar ibu bapa memastikan kesediaan anak-anak mereka untuk mengikuti pengajian di KISAS memandangkan terdapat beberapa pelajar baru Tingkatan 4 yang ingin pulang dan enggan meneruskan pengajian di KISAS.
  4. Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah terikat dengan dasar kementerian dan perlu dipatuhi.
  5. Sebagai usaha alternatif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, KISAS melaksanakan program Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) yang dilaksanakan semasa waktu perhimpunan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penolong Kanan turut menjelaskan seperti berikut:

 

  1. Kelab Debat dan Pidato memng sudah sedia ada di KISAS
  2. Laman web sekolah dan PIBG akan dikemaskini dengan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

 

YDP PIBG turut menjelaskan perkara di atas:

  1. Minit mesyuarat AJK PIBG tidak dapat diedarkan untuk semua ahli atas faktor kos tetapi beliau menyatakan bahawa minit tersebut boleh dimasukkan dalam laman web PIBG.
  2. Peruntukan 10% untuk anak-anak bekas pelajar KISAS sedang diusahakan oleh Alumni KISAS (ALKIS) dan perkara ini diserahkan kepada ALKIS untuk dilaksanakan.
  3. Aliran ‘Agama-Perakaunan’ yang ditawarkan sebelum ini kurang mendapat sambutan memandangkan ibu bapa lebih cenderung menggalakkan anak-anak mereka memilih aliran ‘Agama-Sains’.
  4. Sekiranya kesemua usul ini diterima ia harus diperhalusi lagi oleh pihak sekolah sebelum keputusan muktamad dibuat.

 

  

Pembubaran AJK PIBG sesi 2010 dan melantik Pengerusi sementara Mesyuarat

8.1  Sidang mesyuarat bersetuju melantik Tn. Hj. Abdullah  b. Hassan  sebagai 

             pengerusi sementara mesyuarat.                                                     

Tindakan: Makluman

 

   Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sesi 201

9.1.1    En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar cara pelantikan AJK  

            PIBG ditukar memandangkan beliau tidak mengenali ibu bapa untuk

            dilantik sebagai AJK.

9.1.2    Beliau mencadangkan agar ahli yang dilantik dipilih berdasarkan kekuatan  

            dan kepakaran masing-masing agar dapat membantu KISAS 

            mempertingkatkan  kecemerlangan. Ahli yang dicalonkan juga haruslah fasih

            dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

9.1.3    Calon YDP PIBG juga haruslah dipilih dari kalangan  yang mampu

            melaksanakan tugas dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas 

            bukan sekadar ‘memanaskan kerusi sahaja’.

9.1.4    Pn. Maria b. Marzuki mencadangkan En. Shahidan b. Shafie sebagai

            YDP PIBG.

9.1.5    En. Shahidan memberi respon beliau agak keberatan untuk menjadi YDP

            memandangkan beliau tinggal jauh di Penang namun menawarkan diri untuk  

            menjadi AJK.

9.1.6        En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan Pn. Maria bt. Marzuki sebagai YDP PIBG.

 

 

 

9.1.7             Pn. Norhayati Awang mencadangkan Dr. Mohd Fauzi b.Hamat sebagai YDP PIBG dan disokong oleh En. Mohd Syukri b. Mohd Nor.

9.1.8             Dr. Mohd Fauzi b. Hamat menolak pencalonan sebagai YDP memandangkan beliau telah dilantik sebagai YDP PIBG di Sekolah Maahad Hamidiah, Kajang. Beliau menwarkan diri untuk menjadi AJK shahaja.

9.1.9             En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh semua ahli.

9.1.10         Pn. Sofiah bt. Mohd Yusof, Pn. Hasimah bt. Selamat, En. Wan Mazlan Wan Mahmud dan En. Ridzuan b. Abd. Malek menawarkan diri untuk menjadi AJK PIBG 2011.

Mesyuarat telah membuat keputusan pemilihan jawatankuasa PIBG 2011

        Yang Dipertua                              : Tn. Hj. Shahidan b. Shafie

        Timbalan yang Dipertua               : Pn. Maria bt. Marzuku

        Setiausaha Kehormat                     : En. W. Ab Rahim bin Wan Hussain

        Penolong Setiausaha Kehormat     : Pn. Norizah bt. Bohari

        Bendahari Kehormat                      : Pn. Rosnita bt. Ismail

        Ahli-ahli Jawatankuasa                  :  Dr. Mohd Fauzi b.Hamat

                                                                  Pn. Sofiah bt. Mohd Yusof

                                                                  Pn. Hasimah bt. Selamat

                                                                  En. Wan Mazlan Wan Mahmud

                                                                  En. Ridzuan b. Abd. Malek

  Juru Audit                                     :  1.  Pn. Haliza Hanum bt. Mohideen

  1. En. Mohammad Najib bin Mohamed Thani

 

     Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG KISAS 2011

 

10.1.1        Tn. Hj Shahidan b. Shafie mengucaplan terima kasih  atas pelantikan beliau sebagai YDP PIBG 2011.

10.1.2        Beliau turut mengucapkan tahiniah  atas pelantikan AJK PIBG 2011 yang baru dan berharap agar semua pihak dapat meberikan kerjasama daalm menjayakan semua program PIBG dalam memastikan kecemerlangan KISAS.

 

Mesyuarat PIBG KISAS kali ke-36 ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Setiausaha Mesyuarat 1

                                                                                                 Disgahkan oleh,

…………………………..

(Noor Fadzilah Md. Radzi)                                                       ……………………

                                                                                                  (Tn.Hj. Shahidan b. Shafie)

Setiausaha Mesyuarat 2,

 

………………………………

(Jamaliah bt. Md. Shariff)

 

 

 

 

 

Mesyuarat Agung P

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

  1. January 5, 2014 at 3:56 am

    postingan yang menarik…

  1. No trackbacks yet.

PIBG KISAS mengalu-alukan sebarang komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: